Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

06 January 2012

Pemimpin Didahulukan, Islam Dibelakangkan.

In 3 characters 
Saya petik dari blog Tun Dr. M :-
9. Yang lebih buruk lagi ialah ketaksuban pengikut kepada pemimpin ini sudah sampai kepada tahap menghalalkan apa sahaja yang dilakukan atau diperkatakan oleh pimpimpin. Apabila pemimpin berkata orang Islam boleh mencarut, kerana Tuhan juga kononnya mencarut, tidak ada sesiapa daripada anak buah pemimpin yang membantah, atau menegur pemimpin berkenaan. Demikianlah apabila pengikut yang taksub dengan pemimpin mendakwa bahawa pemimpin mereka adalah sama dengan nabi, tidak ada pembetulan atau bantahan daripada pemimpin berkenaan dan penyokong-penyokongnya.
Masih teringat lagi apabila seorang pemimpin menyatakan demikian beberapa tahun dahulu semasa saya masih di bangku sekolah. Saya biasa duduk mendengar cerita orang-orang yang lebih berumur daripada saya pada ketika itu tentang perkembangan politik semasa tetapi yang saya hairan topik ini langsung tidak pernah diutarakan. Pemimpin yang mereka bantah sahaja yang sentiasa berbuat silap agaknya. Agaknya.

Sekarang pula rakyat lebih mengambil pusing tentang harga barang kemas yang dibeli isteri pemimpin, yang jika saya tidak silap perkara itu telah dibuktikan tidak benar beserta bukti cuma saya kurang pasti artikelnya yang mana satu, wallahualam.

Double standard orang kita.

No comments: