Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

05 December 2011

In other news...

In 3 characters 
Tebiat buruk akhir tahun. Ada blog tapi dibiarkan suci dalam debu. Kenapa takde sape pon yang dapat bagi inspirasi! Jadi tulis jelah ikut terlintas tentang perkara-perkara yang terjadi kat sekeliling beberapa minggu ni.

(1) Baru sedar hari ini, HotFM dah siarkan laungan azan bila masuk waktu solat (bagi kawasan Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya).

(2) Tetibe terdengar bunyi mengilai malam semalam, rupa2nya iklan bila streaming radio daaaa. Wat terkezot aje.

(3) Haritu drive nak pegi UPSI, set GPS elak tol. Jalan dia bagi memang terbaik. Dekat 10km die suruh aq drive kat lereng-lereng bukit dengan jalan yang berlubang-lubang sebelum nak masuk Rawang. Suara merdu GPS asek cakap "Warning, sharp turn ahead!". 'Iye, sayang' cebik aq, bohong je. Sempat jumpa keluarga beruk berkelah dekat situ. Baru sekarang terpikir apsal lah tak snap gambar. Scenery agak cantik lah.

(4) Masa konvo diploma haritu terjumpa lecturer dari Segamat. Dengan innocent tertanya, "Tunggu sape miss, adik ke?" TETTTTTTTTTTTT! Yang tahu kisah ini gelaklah sorang-sorang ye.

(5) Semalam dapat berita aq takkan jadi orang Johor dalam lebih kurang 2 hingga 3 tahun lagi. Kali ini konpem! Ah Johor, sungguh banyak kenangan bersamamu.

(6) Bercerita tentang tempat bermastautin, agak-agaknye bilalah aq akan berpeluang terbang 10,00km ke permulaan.

(7) Setelah hampir sepuluh tahun menggunakan dompet yang dihadiahkan, akhirnya semalam dihadiahkan dengan yang baru. Itupun belum salin-salin lagi isi perutnya.

(8) Bercakap tentang dompet lama; aq ni penyimpan barang antik rupa-rupanya, kata aq dengan nada obvious *tangandidadamatakeatas. Dompet sepuluh tahun pakai, jam sepuluh tahun, pensil mekenik 12 tahun, baju zaman tingkatan 4 ngan 5 pun ada lagi. Selagi benda tu 'bernyawa' aq tetap pakai.

(9) Saya rindu enset Nokia XpressMusic saya! Hmm kene simpan duit untuk repair. Yang tengah pakai Samsung sekarang ni bole kata all flash but no substance. Nak wat alarm pon janganlah bergantung harap, anda yang keciwa.

(10) Makin banyak terdengar dan terbaca kes-kes yang menyayat hati mengenai wanita. Entahlah, aq makin lama makin risau akan keselamatan kaum hawa, lebih-lebih lagi sebab aq ade akak dan adik perempuan. Kepada rakan-rakan wanita, jagalah diri baik-baik atas inisiatif sendiri. Boleh jadi BF yang korang sangat percaya tu yang ngap korang nanti.

Cukuplah kot. Sok lusa update lagi lah ye.

No comments: