Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

31 December 2011

2011 Dalam Satu Post

In 3 characters 
*Posting yang bole kata panjang kot. Jangan baca*

Ehem. Walaupun dalam post yang lepas menyatakan yang aq tak akan update blog sehinggalah habis finals, post kali ini tidak termasuk dalam topik-topik yang akan dibawa ke tahun hadapan. Hari terakhir 2011, jadi marilah kita membungkus setahun kejadian sekecil-kecilnya macam bungkusan nasi lemak 50 sen. Aq asingkan ikut bulanlah, sebab ada beberapa bulan yang cerita nya hampir-hampir sama.

Januari - Praktikal bermula!

Fuzzah~! Bermulalah era aq sebagai pekerja berkolar putih selama 4 bulan di UTHM. Tak senonoh betul, tidur 1 jam dah kena masuk ofis (insomnia!) jadi datang kerja mula-mula sebenarnya pemikiran tahap zombie (baca : tiada kebolehan berfikir).

Klik sini/gambar untuk pergi tour office aq!

Bulan pertama takde kerja sangat, lebih-lebih lagi ofis tengah renovate jadi staf lebih sibuk menguruskan perpindahan sementara ke makmal komputer. Takde pulak amek gambar masa kerja dekat sana.

Muka bangga gila. Kalau boleh lubang hidung nak sebesar lubang bola bowling lah kan.
Bulan ini jugak, tak ingat bila, aq secara rasminya melepaskan kent... eh eh eh, melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Segamat. Tamatlah tugas dalam persatuan selama 2 tahun. Fuyoooh penat + lega. :) Gambar kat atas kene bagi speech secara spontan, dan bagi speech adalah kelemahan aq. Muka kat atas puas setelah berjaya memalukan diri depan anak buah, jurulatih, penasihat dan penyelia.

Oh, masa ni jugak aq jelaskan kenapa hilang dari FB, dan kemunculan post takde bertapis ini yang aq tulis sebab tengah bengang ngan perangai someone. Lepas itu ada orang perasan gila aq tulis sebab dia. Hah.

Februari - Made one of the best decision! EVER!

Alhamdulillah, bila jawapan ini datang memang hilang satu beban yang tak patut aq fikirkan. Lepas terjaga, terus aq bagitau kawan aq, kesian dia pukul 4 pagi kene baca mesej aq, hahaha. Yang lebih meyakinkan aq lagi, sejurus aq diilhamkan mimpi itu perkara yang aq ditunjukkan memang terjadi.

Dan jawapannya aq masih pegang sehingga sekarang. Satu-satunya cara untuk aq tinggalkan pegangan mimpi aq ialah dengan dia buat yang bertentangan dengan apa yang aq nampak. Sampai sekarang tak buat-buat walaupun dah dicabar secara halus. Takpelah, aq pon tidak apa-apa yang nak dikejarkan.

Yezzzzaaaa Mr. Kamal Affendi datang lagi!
Buat kali ke-2 nya pihak persatuan jemput En. Kamal datang untuk bagi ceramah! Mestilah aq pergi kan, best wooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.

Nak jugak posing sebelah penganalisis jenayah yang memang sporting. Nak serap  sedikit tips-tips menjadi ohsem.
Preview system.
Oh dan projek sistem aq pon bermula dan berakhir dalam 2 minggu sahaja. Guna PowerBuilder 10 untuk design dan Oracle untuk database, on the spot belajar O_O Ini betul-betul speedrun!

Mac - Wajadiri saya yang ke-5

Dapat satu berita sedih masa malam nak bertolak ke pertandingan wajadiri, kawan sekolah aq meninggal sebab kemalangan. al-Fatihah untuk allahyarham Azmir Ibrahim.

Wak Zal dan Efa. Sape ntah mamat yang photobomb buat 'peace' tu, tak kenal.
Wajadiri 2011 dekat UTeM. First time wakil bawah universiti lain. Aduh pertama kali dapat semua 0 sebab kesilapan kecil dalam satu kategori. Tak apa, pengalaman.

Oh jangan risau ini bukan kategori yang dimaksudkan. Kehkehkeh.
Oh pada awal bulan sibuk semua bercerita tentang nak mohon program ijazah apa. Aq diamkan aja. Memang tak ada orang tanyalah kan kecuali yang betul-betul rapat. Korang taulah korang siapa.

April - Habis praktikal, weeeeeeeee~~~!

Main tipu sikit, ini gambar bulan 5. Sebab aq langsung tak amek gambar time bulan 4 hahaha.
Terimas kepada En. Azam dan staf-staf lain yang sediakan jamuan dan cenderamata untuk saya dan Ayu. ^_^

Kena balik UiTM Segamat untuk present whole practical session. Presentation paling lama, lebih sejam tetapi terpaksa diberhentikan kerana panel sudah tak terlarat dengar aq membebel syok sendiri. Sukses! :p Gurau sahaja.

Mei & Jun - McD dan Demo Berpasir dan Perak dan Penang

Maka bulan ini dimulakan dengan pertunangan kawan aq yang dah banyak aq mintak tolong, terima kasih bebanyak. Dan tahniah!

Sila perhatikan kentang goreng di atas tray. Ada artis tutup muka taknak keluar majalah.
Ah kenyang bila aq tengok gambar ni semula. Masa ni kalau tak silap baru habis majlis petua dekat UiTM. Kenapa tutup muka? Sebab masa ini gambar terbaru memang tak release kat public (FB). Dan masa ini jugaklah tertubuh geng Happy Meal.

Kebudak-budakan kami terserlah ayu.
Banyak kan mainan kami? Dah berapa banyak aq kumpul pon dah tak ingat dah. Pada masa ni ahli kami hanya ada enam orang sahaja, termasuk juru kamera.

Pernah tengok iklan Hang Tuah makan kit kat? Ada orang kata aq rupa macam Hang Tuah. Aq tak kata, orang yang kata.
Hulamak, pecah rekod apabila Persatuan SCUH Johor buat persembahan depan Sultan Johor masa Kembara Mahkota Johor 2011(protip : sebenarnya rekod itu boleh dipecahkan oleh Persatuan dari UiTM Segamat pada tahun 2010, tetapi kami tolak atas sebab-sebab yang tidak boleh diberitahu). Tahniah dekat seluruh skuad persembahan.

Lebih kurang 100 orang dari skuad persembahan cawangan Johor.
Bulan Jun merupakan bulan adventure bagi aq, sebab travelling ke Perak dan Penang secara kamikaze. Panjang sangat kalau nak post semua, dekat sini tuan punya blog dah ceritakan panjang lebar.

Posinglah entah apa-apa dekat Teluk Batik. Tiba-tiba, KERANG, KERANG!!!!!

Julai - Aq dekat UiTM Penang, sumpah kelakar.

Printscreen dari FB.
Disebabkan gambar ini dan satu status update (dah cari tapi tak jumpa) beserta kebetulan pada tarikh 1 Julai itu memang tarikh keluar result intake degree adalah seorang hamba Allah ini zas-zas percaya aq dekat UiTM Penang. Walaupun aq dah kata tunggu je macam orang lain tentang situasi sebenar tapi tetap degil, takde mana die special case untuk aq bagitau aq dapat mana. Last-last kata aq menipu. Takpelah, memang takda hasrat nak bagitau kau pon sebenarnya.

Dan aq sumpah terlupa apa demo yang aq join betul-betul lepas balik travelling dari Penang.

Cubaan bunuh yang tidak menjadi. Pisau getah hahahahaha
Dan tiba-tiba ada benda buat show dekat rumah aq beberapa hari sebelum bulan Ramadhan.

Al-Fatihah kepada Nurfatihah Humairah, meninggal ketika dilahirkan.

Kubur allahyarhamah Nurfatihah Humairah.


Ogos - Kesihatan merosot


Jadi tak ada apa-apa nak diceritakan.


September - Aq Budak Degree!

Takde apa sangat nak story, cuma aq dah naik degree. Kenapa kos ini? Sebab paling hampir dengan Game Design and Development.

Oktober - Konvo Sebanyak Dua Kali


Konvo Sijil Rendah Persilatan SCUH.
Konvo Diploma.
November & Disember - Bulan Stadi dan Bizi

Biasalah, dah tengah-tengah dan hujung semester. Bertimbun-timbunlah tugasan dan ujian. Tapi sempat juga pergi ke UPSI atas program Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCPUHM 1433H.

Sepuluh ringgit, sepuluh ringgit!

SELESAI!

Maka dengan ini tamatlah saya me'recap' kesuluruhan tahun 2011 sekadar yang saya ingat dan termampu dalam satu post. Penatlah, memang sengaja cari pasal pergi shopping one day before new year tadi. Abes segala tak menyempat nak buat.

Matlamat untuk 2012? Simpan duit untuk memetik bunga di taman. Hahahahaha. Seriyes.

Adios. Assalamualaikum.

4 comments:

y0on said...

penat baca...hahaha..tapi baca gak..sbb bab silat tu memang interesting...

Ikazrima said...

hahaha, trimas2..
bab yang mana? ada banyak gak la kan..

y0on said...

pic mse bgi speech lps letak jwtan n demo dpn sultan..(x dpt join sbb x bwk uniform mse dkt utm..=(..)

Ikazrima said...

pic mase bg speech tu pon baru jumpe mase nak tulis post yang nih..hak3..lepas bagi speech tu abes kene perli ngan jurulatih2..hoho

yg demo tu pon sebenarnye tak plan nk join sbb xbape sihat, tp sbb xcukup org maka join la gak..