Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

31 December 2011

2011 Dalam Satu Post

In 3 characters 
4 orang tak puas hati.
*Posting yang bole kata panjang kot. Jangan baca*

Ehem. Walaupun dalam post yang lepas menyatakan yang aq tak akan update blog sehinggalah habis finals, post kali ini tidak termasuk dalam topik-topik yang akan dibawa ke tahun hadapan. Hari terakhir 2011, jadi marilah kita membungkus setahun kejadian sekecil-kecilnya macam bungkusan nasi lemak 50 sen. Aq asingkan ikut bulanlah, sebab ada beberapa bulan yang cerita nya hampir-hampir sama.

Januari - Praktikal bermula!

Fuzzah~! Bermulalah era aq sebagai pekerja berkolar putih selama 4 bulan di UTHM. Tak senonoh betul, tidur 1 jam dah kena masuk ofis (insomnia!) jadi datang kerja mula-mula sebenarnya pemikiran tahap zombie (baca : tiada kebolehan berfikir).

Klik sini/gambar untuk pergi tour office aq!

Bulan pertama takde kerja sangat, lebih-lebih lagi ofis tengah renovate jadi staf lebih sibuk menguruskan perpindahan sementara ke makmal komputer. Takde pulak amek gambar masa kerja dekat sana.

Muka bangga gila. Kalau boleh lubang hidung nak sebesar lubang bola bowling lah kan.
Bulan ini jugak, tak ingat bila, aq secara rasminya melepaskan kent... eh eh eh, melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi UiTM Segamat. Tamatlah tugas dalam persatuan selama 2 tahun. Fuyoooh penat + lega. :) Gambar kat atas kene bagi speech secara spontan, dan bagi speech adalah kelemahan aq. Muka kat atas puas setelah berjaya memalukan diri depan anak buah, jurulatih, penasihat dan penyelia.

Oh, masa ni jugak aq jelaskan kenapa hilang dari FB, dan kemunculan post takde bertapis ini yang aq tulis sebab tengah bengang ngan perangai someone. Lepas itu ada orang perasan gila aq tulis sebab dia. Hah.

Februari - Made one of the best decision! EVER!

Alhamdulillah, bila jawapan ini datang memang hilang satu beban yang tak patut aq fikirkan. Lepas terjaga, terus aq bagitau kawan aq, kesian dia pukul 4 pagi kene baca mesej aq, hahaha. Yang lebih meyakinkan aq lagi, sejurus aq diilhamkan mimpi itu perkara yang aq ditunjukkan memang terjadi.

Dan jawapannya aq masih pegang sehingga sekarang. Satu-satunya cara untuk aq tinggalkan pegangan mimpi aq ialah dengan dia buat yang bertentangan dengan apa yang aq nampak. Sampai sekarang tak buat-buat walaupun dah dicabar secara halus. Takpelah, aq pon tidak apa-apa yang nak dikejarkan.

Yezzzzaaaa Mr. Kamal Affendi datang lagi!
Buat kali ke-2 nya pihak persatuan jemput En. Kamal datang untuk bagi ceramah! Mestilah aq pergi kan, best wooooooooooooooooooooooooooooooooooooo.

Nak jugak posing sebelah penganalisis jenayah yang memang sporting. Nak serap  sedikit tips-tips menjadi ohsem.
Preview system.
Oh dan projek sistem aq pon bermula dan berakhir dalam 2 minggu sahaja. Guna PowerBuilder 10 untuk design dan Oracle untuk database, on the spot belajar O_O Ini betul-betul speedrun!

Mac - Wajadiri saya yang ke-5

Dapat satu berita sedih masa malam nak bertolak ke pertandingan wajadiri, kawan sekolah aq meninggal sebab kemalangan. al-Fatihah untuk allahyarham Azmir Ibrahim.

Wak Zal dan Efa. Sape ntah mamat yang photobomb buat 'peace' tu, tak kenal.
Wajadiri 2011 dekat UTeM. First time wakil bawah universiti lain. Aduh pertama kali dapat semua 0 sebab kesilapan kecil dalam satu kategori. Tak apa, pengalaman.

Oh jangan risau ini bukan kategori yang dimaksudkan. Kehkehkeh.
Oh pada awal bulan sibuk semua bercerita tentang nak mohon program ijazah apa. Aq diamkan aja. Memang tak ada orang tanyalah kan kecuali yang betul-betul rapat. Korang taulah korang siapa.

April - Habis praktikal, weeeeeeeee~~~!

Main tipu sikit, ini gambar bulan 5. Sebab aq langsung tak amek gambar time bulan 4 hahaha.
Terimas kepada En. Azam dan staf-staf lain yang sediakan jamuan dan cenderamata untuk saya dan Ayu. ^_^

Kena balik UiTM Segamat untuk present whole practical session. Presentation paling lama, lebih sejam tetapi terpaksa diberhentikan kerana panel sudah tak terlarat dengar aq membebel syok sendiri. Sukses! :p Gurau sahaja.

Mei & Jun - McD dan Demo Berpasir dan Perak dan Penang

Maka bulan ini dimulakan dengan pertunangan kawan aq yang dah banyak aq mintak tolong, terima kasih bebanyak. Dan tahniah!

Sila perhatikan kentang goreng di atas tray. Ada artis tutup muka taknak keluar majalah.
Ah kenyang bila aq tengok gambar ni semula. Masa ni kalau tak silap baru habis majlis petua dekat UiTM. Kenapa tutup muka? Sebab masa ini gambar terbaru memang tak release kat public (FB). Dan masa ini jugaklah tertubuh geng Happy Meal.

Kebudak-budakan kami terserlah ayu.
Banyak kan mainan kami? Dah berapa banyak aq kumpul pon dah tak ingat dah. Pada masa ni ahli kami hanya ada enam orang sahaja, termasuk juru kamera.

Pernah tengok iklan Hang Tuah makan kit kat? Ada orang kata aq rupa macam Hang Tuah. Aq tak kata, orang yang kata.
Hulamak, pecah rekod apabila Persatuan SCUH Johor buat persembahan depan Sultan Johor masa Kembara Mahkota Johor 2011(protip : sebenarnya rekod itu boleh dipecahkan oleh Persatuan dari UiTM Segamat pada tahun 2010, tetapi kami tolak atas sebab-sebab yang tidak boleh diberitahu). Tahniah dekat seluruh skuad persembahan.

Lebih kurang 100 orang dari skuad persembahan cawangan Johor.
Bulan Jun merupakan bulan adventure bagi aq, sebab travelling ke Perak dan Penang secara kamikaze. Panjang sangat kalau nak post semua, dekat sini tuan punya blog dah ceritakan panjang lebar.

Posinglah entah apa-apa dekat Teluk Batik. Tiba-tiba, KERANG, KERANG!!!!!

Julai - Aq dekat UiTM Penang, sumpah kelakar.

Printscreen dari FB.
Disebabkan gambar ini dan satu status update (dah cari tapi tak jumpa) beserta kebetulan pada tarikh 1 Julai itu memang tarikh keluar result intake degree adalah seorang hamba Allah ini zas-zas percaya aq dekat UiTM Penang. Walaupun aq dah kata tunggu je macam orang lain tentang situasi sebenar tapi tetap degil, takde mana die special case untuk aq bagitau aq dapat mana. Last-last kata aq menipu. Takpelah, memang takda hasrat nak bagitau kau pon sebenarnya.

Dan aq sumpah terlupa apa demo yang aq join betul-betul lepas balik travelling dari Penang.

Cubaan bunuh yang tidak menjadi. Pisau getah hahahahaha
Dan tiba-tiba ada benda buat show dekat rumah aq beberapa hari sebelum bulan Ramadhan.

Al-Fatihah kepada Nurfatihah Humairah, meninggal ketika dilahirkan.

Kubur allahyarhamah Nurfatihah Humairah.


Ogos - Kesihatan merosot


Jadi tak ada apa-apa nak diceritakan.


September - Aq Budak Degree!

Takde apa sangat nak story, cuma aq dah naik degree. Kenapa kos ini? Sebab paling hampir dengan Game Design and Development.

Oktober - Konvo Sebanyak Dua Kali


Konvo Sijil Rendah Persilatan SCUH.
Konvo Diploma.
November & Disember - Bulan Stadi dan Bizi

Biasalah, dah tengah-tengah dan hujung semester. Bertimbun-timbunlah tugasan dan ujian. Tapi sempat juga pergi ke UPSI atas program Sambutan Hari Tenaga Pengajar PSSCPUHM 1433H.

Sepuluh ringgit, sepuluh ringgit!

SELESAI!

Maka dengan ini tamatlah saya me'recap' kesuluruhan tahun 2011 sekadar yang saya ingat dan termampu dalam satu post. Penatlah, memang sengaja cari pasal pergi shopping one day before new year tadi. Abes segala tak menyempat nak buat.

Matlamat untuk 2012? Simpan duit untuk memetik bunga di taman. Hahahahaha. Seriyes.

Adios. Assalamualaikum.

28 December 2011

Don't read this title. You read it right? Right.

In 3 characters 
2 orang tak puas hati.
Stop reading! Seriously. Korang hanya membuang kudrat empat kerat sahaja jika terus membaca. Pergi baca nota-nota untuk finals! Telaah segala apa-apa sumber yang ada! Posting kali ini tiada yang menarik.. Kesian aq tengok tiap-tiap hari ada je orang visit tanpa ada updates. Segan weh~~~! Blog ini semakin menjadi padang jarak padang terkukurkurkur. Kenapa korang baca lagi???  Silalah berhenti, NAO~!

Oke fine. Korang masih setia membaca. Nak aq stori apa? Tarapapapa. Sekarang, masa untuk beri se(patah) seribu alasan kenapa takda posting baru. *Huuuuuuuuuffffftariknafasdalamdalam* Satu saja alasan, bertimbun-timbun final projects/tests/assignments, termasuklah sekarang di dalam minggu belajar.

Tapi tak bermaksud aq taknak uptodate lagi blog ini. Ada few interestingtingting topics yang terlintas kat fikiran, TAPI aq hanya akan tulis lepas abes finals. Sekian. Shoh shoh, pi study jaoh-jaoh.

Oke nak share salah satu final project aq (took about 24-hours), yang aq buat based on this tutorial (credit goes to the author for an awesome tutorial) Not bad lah bagi aq, setelah setahun lebih tinggalkan 3d modelling.

*Disclaimer*
Lom habis wat lagi, edge flow still haru biru, texturing pon tak wat lagi.


05 December 2011

In other news...

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Tebiat buruk akhir tahun. Ada blog tapi dibiarkan suci dalam debu. Kenapa takde sape pon yang dapat bagi inspirasi! Jadi tulis jelah ikut terlintas tentang perkara-perkara yang terjadi kat sekeliling beberapa minggu ni.

(1) Baru sedar hari ini, HotFM dah siarkan laungan azan bila masuk waktu solat (bagi kawasan Kuala Lumpur dan sewaktu dengannya).

(2) Tetibe terdengar bunyi mengilai malam semalam, rupa2nya iklan bila streaming radio daaaa. Wat terkezot aje.

(3) Haritu drive nak pegi UPSI, set GPS elak tol. Jalan dia bagi memang terbaik. Dekat 10km die suruh aq drive kat lereng-lereng bukit dengan jalan yang berlubang-lubang sebelum nak masuk Rawang. Suara merdu GPS asek cakap "Warning, sharp turn ahead!". 'Iye, sayang' cebik aq, bohong je. Sempat jumpa keluarga beruk berkelah dekat situ. Baru sekarang terpikir apsal lah tak snap gambar. Scenery agak cantik lah.

(4) Masa konvo diploma haritu terjumpa lecturer dari Segamat. Dengan innocent tertanya, "Tunggu sape miss, adik ke?" TETTTTTTTTTTTT! Yang tahu kisah ini gelaklah sorang-sorang ye.

(5) Semalam dapat berita aq takkan jadi orang Johor dalam lebih kurang 2 hingga 3 tahun lagi. Kali ini konpem! Ah Johor, sungguh banyak kenangan bersamamu.

(6) Bercerita tentang tempat bermastautin, agak-agaknye bilalah aq akan berpeluang terbang 10,00km ke permulaan.

(7) Setelah hampir sepuluh tahun menggunakan dompet yang dihadiahkan, akhirnya semalam dihadiahkan dengan yang baru. Itupun belum salin-salin lagi isi perutnya.

(8) Bercakap tentang dompet lama; aq ni penyimpan barang antik rupa-rupanya, kata aq dengan nada obvious *tangandidadamatakeatas. Dompet sepuluh tahun pakai, jam sepuluh tahun, pensil mekenik 12 tahun, baju zaman tingkatan 4 ngan 5 pun ada lagi. Selagi benda tu 'bernyawa' aq tetap pakai.

(9) Saya rindu enset Nokia XpressMusic saya! Hmm kene simpan duit untuk repair. Yang tengah pakai Samsung sekarang ni bole kata all flash but no substance. Nak wat alarm pon janganlah bergantung harap, anda yang keciwa.

(10) Makin banyak terdengar dan terbaca kes-kes yang menyayat hati mengenai wanita. Entahlah, aq makin lama makin risau akan keselamatan kaum hawa, lebih-lebih lagi sebab aq ade akak dan adik perempuan. Kepada rakan-rakan wanita, jagalah diri baik-baik atas inisiatif sendiri. Boleh jadi BF yang korang sangat percaya tu yang ngap korang nanti.

Cukuplah kot. Sok lusa update lagi lah ye.