Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

05 October 2011

Dua Kali Konvo.

In 3 characters 
Rupanya blog ni hidup lagi, ingat owner-nye dah MIA (Missing in Africa). Rekod bulan lepas sangat teruk, sepanjang bulan cume ade satu post je. Itupun sepatutnya post bulan 7 tapi ditangguhkan ke bulan 9. Tengok stat. visitor dah macam air terjun kecuranamnya, itulah balasan tak update blog.

Jadi tahun ini, bulan ini, cuma minggu lain-lain aq ditakdirkan akan konvo dua kali dalam masa dua minggu berturut-turut. Alhamdulillah, dah penat berpeluh-peluh bak kata iklan beras cap rambutan sebijik beras umpama setitik peluh petani;

Petani koboi.
Jadi bermakna korang dah rasa titik-titik peluh aq. Opps opppsss reverse reverse balik bak kata pepatah terlajak perahu boleh berundur, terlajak tulis tekan backspace je. Tapi aq tetap tak tekan. Ehem.

Alhamdulillah, setelah 6 dan 3 tahun belajar akhirnya diberi pengiktirafan tamat belajar pada sesi gilang-gemilang style Emy Award aq mengambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih, terima kasih x 1,000,000 kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung di dalam usaha menyempurnakan sketsa hidup aq sebagai seorang graduan yang masih belajar. Kontra tak ayat aq?

Nanti aq da konvo minggu depan dan minggu seterusnya kalau rajin dan kalau ada kamera aq upload lah gambar.

No comments: