Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

25 October 2011

Istiadat Konvokesyen UiTM ke-75

In 3 characters 
2 orang tak puas hati.
23/10/2011 bersama keluarga (tiada di dalam gambar : kakak sulung dan adik perempuan)
Matlamat seterusnya, 4.00 Anugerah Naib Canselor untuk pengajian ijazah.

20 October 2011

Arrogant Prick.

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
To those who knew me before and are now accusing me of being an arrogant prick, I only have this as a rebuttal;

Mission accomplished.


p/s : Oh kepada sesapa yang kata saya ada awek berdasarkan profile picta di FB, saya juga ingin mengatakan, Misi Berjaya. :3

18 October 2011

Istiadat Konvokesyen Silat Cekak Ustaz Hanafi 2011

In 3 characters 
14 orang tak puas hati.
 *Segala gambar yang di-post bukanlah hak milik empunya blog ini*

Alhamdulillah, selesai sudah majlis konvo Silat Cekak Ustaz Hanafi 15 Oktober 2011 yang lalu.
Gambar saya tak banyak (sebab sesi pagi jadi jaga pintu), saya pon takde camera sendiri jadi curik-curiklah post gamba yang orang lain snap.

Cawangan Johor. Saya kat barisan belakang sekali betul-betul sebelah kanan lading. Siap buat tanda guna skrol lagi.
Muka-muka excited dari cawangan Segamat
Takkan lepaskan peluang bergambar dengan YM dan isteri


Boria! Ya, kami memang macho dan kami semua tak available.
Aweks! Oh, srikandi dari Segamat rupanya.

En. Yusuf + Cik Zai. Minta maap Cik Zai sebab lambat perasan Cik Zai pagi tu, abes kena jeling ngan dia, hehehe.
Tahniah kepada En.Yusuf sekeluarga! Saya pun turut berbangga :)
Sangat penat, tapi sangat berbaloi. Selepas 5 tahun menuntut akhirnya diiktiraf dalam satu istiadat gilang-gemilang yang penuh dengan ombak biru. Ahad ni ada konvo untuk diploma pulak. Yang itu ada gambar atau tak aq tak bole jamin. Tengok lah kalau ada yang sudi nak snap. Roger n' out.

05 October 2011

Dua Kali Konvo.

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Rupanya blog ni hidup lagi, ingat owner-nye dah MIA (Missing in Africa). Rekod bulan lepas sangat teruk, sepanjang bulan cume ade satu post je. Itupun sepatutnya post bulan 7 tapi ditangguhkan ke bulan 9. Tengok stat. visitor dah macam air terjun kecuranamnya, itulah balasan tak update blog.

Jadi tahun ini, bulan ini, cuma minggu lain-lain aq ditakdirkan akan konvo dua kali dalam masa dua minggu berturut-turut. Alhamdulillah, dah penat berpeluh-peluh bak kata iklan beras cap rambutan sebijik beras umpama setitik peluh petani;

Petani koboi.
Jadi bermakna korang dah rasa titik-titik peluh aq. Opps opppsss reverse reverse balik bak kata pepatah terlajak perahu boleh berundur, terlajak tulis tekan backspace je. Tapi aq tetap tak tekan. Ehem.

Alhamdulillah, setelah 6 dan 3 tahun belajar akhirnya diberi pengiktirafan tamat belajar pada sesi gilang-gemilang style Emy Award aq mengambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih, terima kasih x 1,000,000 kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung di dalam usaha menyempurnakan sketsa hidup aq sebagai seorang graduan yang masih belajar. Kontra tak ayat aq?

Nanti aq da konvo minggu depan dan minggu seterusnya kalau rajin dan kalau ada kamera aq upload lah gambar.