Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

01 August 2011

Puasa Blog

In 3 characters 
Papan tanda bulan puasa.  Atas kanan paling best.

Bulan yang paling berkat Ramadhan al-Mubarak dah tiba, jadi marilah sama-sama kita berpuasa dan mempertingkatkan amal ibadah sambil mencari malam lailatulqadar.

Mak masih dekat sabah jadi bantailah makan sahur apa yang ada. Kejap lagi azan Subuh jadi silalah korek hidung anda puas-puas sekarang.

Blog ini pun turut berpuasa, tetapi lebih sikit puasanya sampai ke pertengahan bulan September. Mohon keampunan dan kemaafan sekiranya ada terkasar bahasa di sini mahupun dunia nyata. Jumpa lagi dalam akhir bulan September tak pun bulan Oktober.

p/s : Boleh tak nak ucap Selamat Hari Raya awal-awal? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

No comments: