Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

25 July 2011

Perkara 'Aneh' Masa Tinggal Berdua 10 Hari

In 3 characters 
Pertama sekali memang nak ucap alhamdulillah, keluarga aq selamat sampai dan balik dari percutian dekat negeri Sabah selama 10 hari sempena nak tunggu kakak sulung aq melahirkan anak dia yang ke-2. Cuma my mom tinggal lama sikit sebab kelahiran belum terjadi akibat beberapa complications and the doc thinks it's better for my sister to wait before undergoing surgery. Jadi mungkin selama 21 tahun hidup inilah kali pertama aq berpuasa pada hari pertama bukan bersama dengan mak aq. Sedih, tapi apa boleh buat.

Jadi selama 10 hari mereka pergi bercuti aq dengan abang aq decide untuk tidak ikut sekali, sebab utamanya tiket is the very the very the mahal dan aq pun baru saja balik dari pergi melancong dekat utara baru-baru ini jadi kena jimat-jimat duit. Abang aq yang hantar keluarga aq ke KLIA masa Khamis lepas, jadi aq tinggal seoranglah that day tunggu abang aq balik malam Sabtu. Everything was fine and dandy, or so I thought...

Malam itu aq tidur bolehlah kira awal, dalam pukul 12 dah lelap mata sebab extra tired entah kenapa. Pagi itu aq bangun untuk solat Subuh, terperasan pintu tandas yang berada bersebelahan bilik aq tertutup tetapi lampu dalam menyala. Pelik, sebab aq agak pasti yang aq tak gunakan tandas malam itu sebelum tidur. Bila aq tengok sekeliling, aq rasa satu suasana yang rumah aq didiami sepanjang aq tidur. Terlintas dekat fikiran aq, "Eh cepatnya abang balik, semalam kata mungkin sampai lewat malam. Flight canceled ke?" Bila aq turun ke tingkat bawah, takda pulak nampak siapa-siapa. Biarlah, aq tak fikir apa-apa. Jadi sepanjang hari aq buatlah kerja seorang surirumah tangga (siapa sangka?).

Lepas Maghrib, dalam pukul lapan malam aq lelapkan mata sekejap. Tengah tidur terdengar suara abang aq panngil nama aq. Aq pun dengan terkejar-kejar ambil kunci turun untuk bukak pintu. Intai keluar takda pulak kereta. Bila bukak lampu luar pulak aiseh "pappp" bunyi litar lampu terputus. Jadi bergelaplah halaman rumah aq. Dalam pukul sepuluh malam aq pun mesej abang aq dan dia kata sampai mungkin dalam pukul 2 lebih. Belum, masa ini belum lagi terlintas apa-apa kat fikiran. Berjaga sekejap sementara tunggu dia sampai lepas itu tidur (berapa banyak kali aq mention tidur dalam tulisan kali ini?).

Beberapa hari selepas itu semuanya normal, takda perkara aneh-aneh. Aq buat kerja aq, abang aq pulak buat wiring untuk line telefon dekat tingkat bawah. Maka banyaklah bunyi menggerudi sepanjang minggu tersebut. Tibalah Khamis sekali lagi. Bangun agak lambat, sebab lepas Subuh baru dapat terlelap. Lepas dah bersiap-siap, aq pun ambillah sejadah nak pergi sembahyang dalam bilik parents aq (aq biasa guna bilik itu untuk sembahyang sebab biasanya bilik aq sentiasa ada orang). Sampai-sampai depan pintu (belum masuk lagi) tiba-tiba aq terdengar bunyi radio daripada dalam bilik. Startled, aq cuba panggil abang aq yang kot-kot ada dalam bilik itu. Bunyi kat tingkat bawah meng-confirm-kan yang dia takda dalam bilik itu. Aq pun masuk, dan perasan radio kecil yang mak aq selalu pasang untuk dengar Klasik Nasional (biasalah, citarasa orang berumur) dalam keadaan "ON" dengan frekuensi radio yang tak jelas siarannya di tepi bawah katil. I Picked up the radio and turned it off immediately. Shucks, okay now that's some mind****.

Malam itu aq pun ceritalah dengan abang aq apa yang terjadi dengan radio kecil itu, then dia bagitau satu benda yang agak tak best. Masa dia tengah menggerudi dinding untuk buat wiring dalam dua hari sebelumnya, tiba-tiba dia rasa ada satu presence seolah-olah nak pukul dia dari belakang. Bila dia berhenti, rasa itu hilang, tapi datang balik bila dia cuba mula menggerudi. It felt so intense yang dia terpaksa berhenti separuh jalan buat kerja. Lampu bilik air itu pun dia selalu perasan, tapi dia ingatkan adik aq yang agak pelupa tak padamkan.

Ah sudah, ini memang sah lah ada suatu yang tak kena. Kitorang tidak diberi keistimewaan untuk 'melihat', tetapi kadang-kadang kitorang boleh 'rasa' dan lihat 'kesan-kesan' yang benda-benda tak berapa best ini tinggalkan. Dulu masa kecik-kecik tengah baca majalah Ujang sama-sama tak pasal-pasal dua-dua orang boleh nampak seluar terbang across ruang tamu tingkat atas. Masa itu kitorang ada dekat dalam bilik dan nampak seluar itu masa duduk atas katil menghadap pintu. Bila keluar bilik seluar itu memang ada (saiz seluar besar, yang bukan mana-mana ahli keluarga aq pakai).

Jadi lepas balik makan aq telefon parents aq untuk mintak nombor seorang ustaz yang boleh mengubat benda-benda macam ini. Bila aq cerita apa yang jadi, rupa-rupanya sebelum ini memang dah beberapa kali benda yang sama terjadi, dari lampu tandas, radio terbuka tak pasal-pasal, dan boleh rasa ada something yang duduk perhati bila lalu ruang yang menuju ke tangga dekat tingkat bawah. Lepas itu aq pun cubalah dengan kudrat aq ini untuk cuba 'pagar' rumah aq dengan cara yang ustaz itu ajar sebelum ini. Bila lalu ruang yang dekat dengan tangga itu tak pasal-pasal rasa meremang tengkuk aq. Malam itu bila buat solat hajat punyalah berdiri bulu roma dari tengkuk sampailah ke kaki. Alhamdulillah, bila masuk Subuh saja hilang semua rasa itu.

Pagi tadi aq terjaga dalam pukul tiga, cuba-cuba lelapkan mata tak berhasil. Bangun sekejap untuk solat malam, masuk balik bilik kunci pintu maka aq pun solat-lah. Sebab tahu memang tak dapat tidur balik, jadi aq on-lah pc bagi menghilangkan kebosanan. Krik-krik. Krik-krik... Aq terus alihkan pandangan aq dekat tombol pintu, ini apahal pulak nak masuk bilik aq pagi-pagi buta ini? Aq bagi masa sekejap, manalah tahu kot-kot adik aq yang kecik yang nak masuk tumpang tidur. Kerja dia memang pindah-pindah masa tidur.  Takda cubaan memutar tombol setelah beberapa ketika. Lepas aq hantar adik aq yang perempuan pergi sekolah, aq pun masuklah tandas untuk mandi. Tengah-tengah nyanyi lagu Lebaran Ini - Man Bai, Raihan dan Now See Heart, dengar bunyi ada orang cuba tolak pintu bilik air. Aq fikir, biarkan saja, nanti aq tanyalah adik aq yang lelaki. And you guessed it, aq keluar bilik air barulah dia bangun, dan bila tanya takda pula dia cuba masuk bilik aq pagi-pagi buta tadi.

Selama ini rumah ini takda lah bawak masalah sangat, cuma tak pasal-pasal makin dekat bulan puasa ini makin menjadi-jadi pulak. Aq tak suruh korang percaya dengan apa yang aq tulis ini, take it as you will, aq sekadar kongsi pengalaman. Aq nak post gambar tempat-tempat kejadian tak berapa nak berani, nanti tak pasal-pasal jadi macam cerita Paranormal Activity. Yelah, benda ini makin kau cabar makin dia 'berani'. Jadi aq kongsi dalam bentuk tulisan jelah. Wallahualam.

No comments: