Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

19 July 2011

Mesin Masa! - Diploma Pt. 2

In 3 characters 
[Mesin Masa! - Diploma Pt. 1]

Aq rase agak lama jugak gap antara posting part 1 dengan part 2, lebih seminggu rasenye. Bukan ape, mood nak menulis panjang-panjang itu kurang nak datang. Ni alang-alang tak buleh tido hari ni sampai ke subuh (sebab memikirkan masalah ekonomi negara, chewah) aq paksa-paksa lah tulis jugak. Tak tau lah ape jadi, interesting ke tidak.
Menuju depan dengan penuh kelajuan.
Ok penumpang sume, jom lagi sekali kita tumpang Doraemon nye mesin masa. Kite kembali ke zaman aq diploma part 2! Yay.

Diploma Part 2

Kalau nak suruh aq describe-kan pengalaman aq masa semester 2 diploma dulu dalam satu perkataan, aq akan pilih perkataan HECTIC. Why bebeh? Tell me why!!! Ehem. Sususan peristiwa aq kurang ingat untuk semester ini, jadi aq main tibai je cerita tak ikut urutan.

Permulaan semester sebenarnya agak relax, cool and refreshing. Semangat tengah berkobar-kobar lagi nih sebab baru dapat DL. Subjek-subjek sem ni takde lah berat sangat, biasa-biasa je kecuali subjek pre-calculus. I-simen, tak sekelas pulak dengan si dia di perenggan ke-12 maka hilanglah sumber ilhamku tapi takpe kene jadi optimistik. Buleh buleh buleh buat punyalah! Lagipun dah janji dengan dia cuba dapat ANC. Fikir aq pada masa tersebut.

Sem nih juga aq dipilih sebagai salah satu exco dalam PERSATUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI UITM SEGAMAT (ya, saya begitu berbangga dengan persatuan/silat ini sebab tu sume huruf besar) sebagai exco persilatan. Arghhh bullshots! Lupa pulak aq terlantik jadi exco untuk COMPASS masa AGM sem lepas. Aq jua masih terikat menjadi ahli KO Badan Pertolongan Cemas (BPC a.k.a. PBSM) untuk 2 semester lagi. Hulamak! Jadi medik pulak tuh! Jadi aq menggalas lebih kurang tiga tanggungjawab pada sem ni. InsyaAllah, pelajar cemerlang kene seimbang akademik dengan kokurikulum. No biggy, boleh cuba balance. Itulah yang bermain di fikiran ku pada ketiak itu. Eh ketika itu.

Sungguh berfikiran positif aq pada sem 2 ni kan? Haha. Sem ini bakal menjadi mimpi ngeri tanpa ku sedari.

Trivia tak penting [4]: Semester ni memang aq tersangat-sangat sibuk dengan aktiviti persatuan, dari awal semester lagi. Kalau tak menampal poster untuk event COMPASS sekeliling UiTM, aq mesti ade meeting Silat Cekak hampir setiap minggu. Itu belum kire lagi on-call kene jadi medik untuk event BPC.

Aq ade satu pengalaman yang sangat-sangat SANGAT mengerikan yang terjadi masa Open Tournament Rugby 2009. Ala aq tak ingatlah apa name event tu pepagi buta camni, aq main tulis je apa yang terlintas kat kepala aq. Dari sekolah, universiti sampailah ke askar yang terlibat masuk bertanding. Masa tu aq dan beberapa member aq kene jadi MEDIC!!! Setiap padang adelah beberapa kerat budak BPC tak berpengalam yang menjaga padang, takut-takut ade kemalangan. Telinga nak tertanggal, hidung pesek, kelopak mata terkoyak memang menjadi rutin hari tu. Almaklumlah manusia-manusia yang bertanding pada hari tersebut kerjanya merempuh orang je.

Aq dengan dua orang lagi kawan aq kene jaga satu padang yang pada masa tu tengah berlangsung satu match antara askar dari bahagian lain-lain. Tengah siok-siok tengok dari tepi di bawah teduhan kemah tetiba pulak ada seorang askar ni jatuh nazak depan mata aq. Tergapai-gapai abang tu pegang bahagian dada dia, bila teringat balik memang meremang bula roma. Yelah hati siapa tak berkencang kalau nampak ada orang nak mati depan mata tapi ko tak tau nak buat apa? Masa tu doktor takde, ade kat kemah lain. Aq dengan kawan aq yang laen memang tengah panik habis bai, lagi tambah panas situasi bila tetiba ade askar dari team lawan sound kitorang 'paramedik tak guna'. Memang berapi gila aq time tu, dah lah korang buat selamba je kawan korang da nak mati! Arghhhhh!!! Tapi alhamdulillah aq sempat panggil doktor, dan hilang jugaklah panas aq bila abang tu ucap terima kasih sebab kitorang tolong dia masa dia macam nak nazak tu. Fuh lega belum sampai ajal dia.

Trivia tak penting [5]: Disebabkan event kali ini jugaklah aq dan kawan aq dapat satu nama jolokkan dalam batch KO BPC kitorang. "Paramedik Kurang Ajar". Semuanya sebab aq dan kawan aq (sori Din aq bukak nama ko kat sini) bertindak melawan balik komander BPC masa event ragbi tempoh hari. Kepala hangguk diorang lah nak sound-sound kitorang macam kitorang tak buat kerja, padahal korang yang turun event pakai baju kekonon lawa. Apa alasan korang, korang turun supervise je? Pegi lah tuuuuttttt. Memang lepas peristawa tersebut aq dengan Din buat kepala kitorang selamba badak sound dan menganjing-nganjing komander masa TENGAH KAWAD. Sume dak lain kata kitorang giler. Pedulik hape kitorang, sapa suruh korang layang kitorang macam sampah?

Adoi, jadi exco COMPASS pulak, mintak maaf lah ya kalau bahasa agak kasar sikit, tapi memang macam tutttttt. Memang reramai batch aq quit dari jawatan exco sebab ade sesetengah (bukan semua) dari exco yang lebih berumur mengamalkan dasar senioriti. Macam hampeh. Malas aq nak cite panjang-panjang.

Kira-kira balik ade 3 subjek yang aq kene mengira which are akaun, pre-calc. dan comp. org. Co-co-co-co-combo! Nampaknya angka tiga agak sinonim dengan aq sem nih. Akaun aq masih boleh lagi, tapi tahap ke-genius-an aq terselah semenjak kuiz 1 pre-calc. lagi. Seingat aq hampir sume markah kuiz dalam 3-5/12-15. Ketiga-tiga test subjek nih memang harapan jelah nak lulus, average 30-40. Gile dahsat. Akaun lak test 2 bole dapat TIGA PERSERATUS. Wow. Sebab masa jawab tu tengah blank gile, dalam 15 minit masok dewan periksa terus keluar balik. Yang comp. org. pulak test 1 tak lulus kalau aq tak silap, test 2 boleh dapat highest sampai lecturer pon tak caya. Hehe.

Tapi itulah, GPA aq untuk sem 2 memang giler-giler menjunam. Memang aq tak dapat nak fokus kat banyak-banyak benda sekaligus jadi pelajaran aq agak terabai. Sebab tak dapat DL maka tak dapatlah ANC maka janji sekadar janji.

TAPI! Haha, bukan semua cerita buruk. Tetap ade peristiwa yang best-best terjadi, jadi boleh lah balance kekecewaan dengan kegumbiraan.

Saya menang pertandingan! Dapat hadiah anti-virus tapi langsung tak pakai sampai habis expiry date. Tahniah.

Saya menang cabutan bertuah! Dapat kopiah dan tasbih, sampai hari ni masih pakai lagi :)

Saya tamat silat! Muka toya itu lah saya. Event "pelarasan buah" dekat Klang.
Dan, dan, dan! Saya berjumpa dengan seseorang lagi. Sama jugak kali ni, setahun lebih tua dari saya. Takde salahkan, sebab yang sebelum ni tak jadi apape pon. Itu cerita posting lagi satu :)

No comments: