Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

08 July 2011

Mesin Masa! - Diploma Pt. 1

In 3 characters 
Nak wat announcment jap! Kalau kamu pemilik nombor tepon 019-7382**3, first of all saya tak tau sape kamu. Tak kuar nama kat henset, and kamu pon hantar multimedia msg (monosodium glutamate) kat henset saya yang cikai jadi baru semalam dapat baca ape yang kamu sent. Setelah 3 hari kemudian. Thx anyways.

Dalam semangat semua orang tengah huha-huha yieeeeepeeee dapat tawaran pergi ijazah, aq memang suka sangat amek kesempatan seperti ni untuk bukak balik cite zaman muda-muda dulu. Sesaja nak tunjuk yang aq baru meningkat tua beberapa hari lepas. Pfft. Disebabkan penculikan keatas Doraemon telah berlaku dengan jayanya, maka barulah boleh aq reverse ke permulaan diploma aq 3 taon dulu dan kongsi lu langsi lu mati sikit tak banyak cerita karut marut yang sepatutnya korang tak perlu tahu dan amek the-moral-of-the-story. Aq tapis sampai la aq rasa cerita yang paling sedap je tinggal dalam nukilan kali nih.

Korang mesti tak pernah tau kan cite Doraemon ade ending? Sila klik kalau teruja nak tahu.
Okay enough shchit chat, kita naek mesin masa kucing biru di atas dan mulakan pengembaraan merentasi masa.

Diploma Part 1

Every hero has a beginning... Bullshots! Macam aq nih superhero. Hmm, kalau ikutkan sebenarnya tak banyak sangat benda yang extraordinary terjadi masa aq part 1, tapi kalu korang skip bace korang yang rugi. Ingat aq sudi-sudi je nak bukak cite kat korang lagi pasni? Sori yawww.

Tapi bila tengok balik gambar-gambar lama yang tak berapa banyak, memang rasa nak tergelak. Muka memang sebijik macam budak Form 2 dengan rambut yang begitu skema. Oh zaman-zaman tersebut sudah lama aq tinggalkan. I've moved on, FOREVER!

Trivia tak penting [1]: Tarikh aq masuk diploma sepatutnya akhir bulan 6 2008, tapi sebab tetibe demam nak jadi best friend dan tak nak lepaskan aq pergi, maka aq masuk pada tarikh yang sangat best, July 2nd.

Jadi secara amnya aq tak rasa pon Minggu Mesra Siswa (MMS) kat UiTM dulu, sebab aq masuk tinggal lagi 2 hari je MMS nak abes. Disebabkan perihal tersebut jadi korang TIDAK AKAN jumpa gamba aq pakai baju batik mim UiTM masa part 1. Jadi aq pon dapat lesen untuk gelakkan korang sebab aq tak pernah merasa. Bahahahahaha. Ehem. Memang rasa bersyukur, sebab time tu aq tengah mengalami sakit belakang jadi tak boleh nak wat benda lasak-lasak and tak bole nak duduk diam lama-lama. Gila tak, macam tak boleh  nak buat apa-apa, sikit-sikit je nanti aq tak bole nak nafas. Macam breathless tengok awek cantik pandangan pertama. Apa punya perumpamaan da.

Antara orang yang terawal aq jumpa masa masuk is kawan aq dari form 2, Mr. Tambaki (bak kata classmates dip. aq) so takdelah kekok sangat nak gerak mana-mana sebab dia jadi tour guide aq. Jadi terima kasihlah.

Orientasi kos. Zaman tanpa rambut yang mencukupi macam rumput yang baru dimesin.
Orientasi kos overall aq rase okay lah kot. Biasalah kene buli sebab junior. Kan masa tu omaigaut omaigaut omaigaut cuak dengan senior. Ade satu benda je yang aq memang rasa pergh malu gile kot yang diorang  (faci.) suruh group aq buat. Ade ke bila buat cabutan untuk persembahan penutup orientasi group kitorang boleh terkena KAWAD BERIRAMA. What the fish?! Siap kawan aq leh rekod video lagi. Ceh sangat memalukan sampai tak sanggup nak cerita detail! (So jangan harap aq nak post video tersebut yer hahaha)

Trivia tak penting [2]: Sentuh sikit perangai aq. Sepatuynya sume orang dah tau, tapi kalu tak tahu meh sini aq jerit kuat-kuat kat telinga kamu baru kamu tahu. Masa ni aq GILE BAB1 PENDIAM. Sangat jaranglah aq cakap dengan dak-dak kelas, sebab aq memang kene take time yang agak lama (paling kejap 6 bulan) dengan constant interactions barulah aq boleh rapat dan gelak terbahak-bahak sampai terkuar kahak  untuk jadi member-member dengan kebanyakkan orang. Jadi mereka yang sabar dan memberi masa barulah aq boleh jadi sangat open dengan kamu, otherwise almost impossible untuk kita rapat.

Fast foward yadi yadi yada keluarkansumesoundeffecttengahfastfowardtape, sampailah kat satu bahagian yang aq jarang sesangat bukak cerita, penyumbang terbesar kenapa aq boleh dapat Dean's List (DL) masa part 1 dulu.

Penyumbang tersebut ialah seorang gadis *wink wink*, yang setahun lebih tua dari aq. Kalu rasa geli sila skip perenggan ini. Mula-mula wat dono je dengan dia, sebab tak kenal walaupun sekelas dalam satu subjek. Tetapi oopss rupa-rupanya dia ahli Silat Cekak lah, terjumpa masa latihan. Lepas tu baru mula nak kenal siapa nama empunya badan. Jadi kawanlah kami, TETAPI lebih kepada tutor-student relationship. Aq pon tak try apa-apa, sebab tau yang dia tengah dengan someone jadi tak nak kacau. Berkali-kali lah jugak aq jadi tutor untuk dia and study sesama (Tapi aq tau die sorok-sorok dari bf dia tiap kali dia ajak aq study, haha. Aq pon rase die cube sorok dari aq yang die ade bf, tapi last-last kantoi gak tapi aq pon tak kesah sebab kitorang kawan je pon). Sebagai pulangan dia tolong ajar aq satu subjek 'feberet' aq dari sekolah, matematik lah ape lagi. Dan seriyes, kalu tak sebab dia tolong aq dulu memang tak merasa aq 'A' dalam subjek mat masa dip dulu, dan kemungkinan besar tak rasa jugak dekan heheh. Bak kata aq kepada sorang member awal tahun ni, hati tengah berbunga-bunga! She's my motivation to be the best at that time, dan aq memang appreciate sangat-sangat. Kalu korang tak dapat-dapat tangkap lagi,  in open public I'll admit,s he's my first love. A girl I didn't chase for because of mentioned reason before. Oki doki cukuplah sampai sini je cerita tersebut.

Teknik Belajar dan Motivasi Osman Affan. Cari persamaan dengan gambar sebelum ini. Shhhh...

Trivia tak penting [3]: “Antara seminar yang paling berguna, bermakna dan seronok. One complete package.”~Muhammad Amir Zaki Zainal Alam~ Itulah yang aq komen dalam borang maklum balas untuk seminar dari En. Osman Affan. Jadi kalau korang search kat Google nama penuh aq atau malas sangat klik je ni ada link kat website beliau yang keluar komen aq yang tersebut. Bangga bangga bangang.

Warna taik cicak, bak kata adik aq.
Okay dah nak habis dah aq recap pasal Part 1. Last sekali yang aq nak cerita adalah pasal Dinner COMPASS. Ye, yang aq tengah berposing dengan akak mana ntah (sori betul-betul da tak ingat nama) masa tu baru habis konsert. Konsert?

Konsert nyanyian ramai-ramai. Seperti biasa, Part 1 memang sentiasa kene buat semua benda. Kelas aq nak senang punya pasal pilih je lah wat persembahan nyanyian lagu raya. Disebabkan komplikasi-komplikasi yang tak perlu aq ceritakan, raptai persembahan tak berapa menjadi. Sooooooo masa hari kejadian aq dengan selamba gadak amek mikrofon dan memekak kat atas stage dengan buat muka takde perasaan macam gambar kat sebelah. Itulah akak nih dan kawan-kawan die teruja nak bergambar dengan aq.

Selesailah aq cerita sikit-sikit pasal zaman Part 1 tiga tahun yang lalu. Wow I'm old. Kita terjah masa aq Part 2 pulak. Posting seterusnya lah, kalu tak nanti berjela-jela panjangnya.

No comments: