Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

21 July 2011

Masih nak tukar Universiti!

In 3 characters 
Dipagi hari ni sementara menunggu subuh pergilah menekan secara rawak favourite tabs (bukan kaberet) dekat browser. Klik punya klik terpergilah dekat bahagian rayuan kemasukkan IPTA bagi lepasan Diploma/Setaraf 2011/2012. Tengok kat situ rupa-rupanya dah bukak dah e-Rayuan, seawal 15 Julai yang lalu. Niat di hati ingin sahaja ku cepuk skrin ini akibat pihak UPU yang telah menipu kata hanya akan bukak permohonan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan dikeluarkan (15 Julai). Tetapi disebabkan masih sayangkan skrin komputer maka niat itu aku batalkan. Nasib baik juga kalau tidak malu sendiri sebab bila ingat-ingat balik dia kata DALAM tempoh, bukan SELEPAS tempoh 10 hari.

Dengan lafaz bismillah, maka aku pun dengan cermatnya mengisi borang e-Rayuan tersebut. Betulkan balik CGPA aku yang tersilap taip masa permohonan pertama dulu, catit balik nombor MUET aku... MasyaAllah, baru teringat slip MUET entah terbang ke mana. Perlukah diri ini terbang ke Putrajaya untuk mendapatkan kembali salinan slip tersebut? Harap-harap boleh mohon balik salinan dari pejabat pelajaran dekat sini sahaja. Astaufighrullah, banyak betul dugaan. Salinan sijil kelahiran aku, ayah dan emak pun dia mintak? SubhanAllah, hampir kesemua dokumen yang dia mintak ada dekat pejabat ayah aku. Memang kebetulan satu keluarga aku pergi bercuti seminggu dekat Sabah (tunggu kelahiran anak kedua kakak aku), hari Ahad (24/7) baru balik sama dengan tarikh tutup permohonan. Masak aku nak pecah masuk pejabat ayah aku masa dia tengah cuti.

Tidak apa, digagahkan hati, isi tetap isi! Cubaan menukar Universiti mesti diteruskan! Yeah!

Itulah sedikit sebanyak nukilan tak berapa nak dramatik tentang apa yang bermain di fikiran aq masa isi borang sekejap tadi. Hari tu tak dapat sebab kesilapan paling idiotic boleh mohon tapi borang tak hantar. Kali ni insyaAllah tak ulang kesilapan yang sama, ni betul-betul mahu!

Bukan aq tak sayang UiTM, kalau ikutkan memang dah terima dah tawaran sambung ijazah dekat UiTM Tutttttttt~~~ dalam kos Tutttttt~~~ (hanya mereka yang aq rasa patut/layak je yang aq bagitau). Yang itu memang sengaja aq buat befday present sendiri, saje je ngada-ngada terima tawaran masa tarikh befday. Yesimaforeveraloneguy, nak tunggu orang bagi hadiah masa befday? Jangan harap, sebab tu aq senyapkan saja. Pastu lagi 15 minit nak masuk hari baru baru keluarkan tarikh kat fesbuk. Pastu mulalah sume wish sowwwii lawmbawt xprasyaann huhuhhukuhukhuk hambik ko tersedak aq. Kadang-kadang tak boleh belah dengan hipokrit antarabangsa yang tak berapa nak professional ni. (Aq tak maksudkan sesiapa, kalau terasa tu ehhh apa aq boleh buat) Amek ko gile besar font aq pakai.

Kembali kepada topik, aq tak ade anti apape dengan UiTM yang banyak berjasa masa aq diploma dulu. Cuma rasa nak ubah angin, plus minus ada lah beberapa alasan lain yang kalau korang tau mesti jangan harap korang nak kontek aq lagi. Errr, tak serius pon. Pasti. Yeke? Haha, terpulang korang nak tafsir macam mana. Apapun, tengok rezeki lah. Kalau rezeki tak ada, aq tetap teruskan dengan ijazah kat UiTM. Arghhh kepala udah ting tong, takda masa nak spellcheck apa yang aq dah tulis dan nak fancy-fancy tulisan dalam italic untuk perkataan mat salleh. Cepatlah datang azan Subuh, sebab kalau aq tidur sekarang gerenti-lah berselimutkan lemak babi. Ishhh takmautakmau.

2 comments:

Fatin_Nadia said...

eh, boleh ea kalau nak tukar universiti?

AtiqaAyu .. said...

dapat ke tukar universiti?