Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

21 May 2011

Macam pizza hangus.

In 3 characters 
Pizza HAWT.
Disebabkan malam ini tak dapat dibuai mimpi indah setelah cubaan berjam-jamb(ban), mestilah perut berkeroncong. Haish, ziarah peti mayat sejuk nengok ade la spageti tak abes time dinner tadi. Gi la panaskan kat dapur dengan kadar api yang kecil sambil membazir air kecil di tandas awam yang berdekatan. Sesudah itu pergilah memunggah bahan makanan di dalam kuali tersebut ke dalam sebuah mangkuk yang tidak seberapa besar mahupun kecil.

Time untuk cube rase!

Perghh terbaek memang rase di macam pizza yang over burnt. Sape soh ko tibai gak spageti yang kualinya ko tengok memang dah siap sedia hitam. Nampak berbenor orang bujang pemalas nak masak bende dah hangit pon tibai gak.

Ah teroskan melantak. Chiow.

No comments: