Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

31 March 2011

Walau hanya sesaat...

In 3 characters 
Assalam. Pertama sekali saya ingin meminta jasa baik mereka yang membaca posting pada kali ini agar menyedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarham Azmir bin Ibrahim keatas kepulangannya kepada Maha Pencipta pada awal pagi 26hb Mac yang lepas akibat kemalangan jalanraya.
al-Fatihah...

Memang aq tak sangka, mesej lewat malam yang aq dapat sebelum bergerak ke Melaka pagi hari tu datang dengan membawa berita sedih. Mulanya aq cam nak rasa bengang sebab ada orang mesej malam-malam time aq nak tido, tapi bila aq baca mesej tersebut aq sekaligus tergamam, dan terus menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

Aq akui, aq dengan arwah tidaklah serapat mana. Mula kenal masa tingkatan 2 sebab sekelas, masa tu takde lah banyak bercakap dengan dia. Tapi lepas masuk tingkatan 3 dan kitorang duduk sebelah-sebelah barulah aq kenal arwah sebagai seorang yang pelawak dan periang. Masuk tingkatan 4 & 5 kitorang kelas lain-lain, tapi masih lepak sama-sama bila jumpa time rehat, kelas agama dan waktu sukan. Seorang yang sangat berbakat dalam sukan badminton (pernah lawan sekali dulu kihkihkih teruk aq kene bantai).

Lepas amek keputusan SPM kitorang agak terputus contact (sama gam cam dak-dak kelas aq yang laen) sampailah satu malam lepas final sem lepas dia mesej aq. Khabarnya nak mencari rakan niaga di UiTM Segamat tetapi terpaksa aq tolak sebab sem ni aq dah mula praktikal. Lepastu selalulah jugak terbaca status dia dekat FB, cuma tak berkesempatan nak komen apa-apa.

Sebelum dia meninggal ada jugak beberapa kali aq teringat pasal dia, wallahualam, mungkin kebetulan. Seingat aq tak pernah arwah menyakitkan hati aq sepanjang kami berkenalan, dan aq harap arwah memaafkan aq sekiranya aq pernah menyakiti hati dia semasa dia masih hidup.

Sahabatku, walaupun kita hanya kawan biasa tetapi pemergianmu amat menyayat hatiku. Pemergianmu yang secara tiba-tiba membuatkan aq rindu kepadamu, tetapi pemergianmu yang lebih awal bermakna ada yang lebih merinduimu daripada diriku.

Pemergianmu di usia yang sangat muda mengingatkan aq bahawa, bila takdir kita tiba...
Kita tetap akan pergi jua, kerana janji Allah S.W.T terhadapt ajal maut seseorang tidak pernah dicepat mahupun dilewatkan...

Walau hanya sesaat...

Dalam kenangan... Allahyarham Azmir bin Ibrahim. Al-Fatihah...

No comments: