Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

31 March 2011

Walau hanya sesaat...

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Assalam. Pertama sekali saya ingin meminta jasa baik mereka yang membaca posting pada kali ini agar menyedekahkan surah al-Fatihah kepada Allahyarham Azmir bin Ibrahim keatas kepulangannya kepada Maha Pencipta pada awal pagi 26hb Mac yang lepas akibat kemalangan jalanraya.
al-Fatihah...

Memang aq tak sangka, mesej lewat malam yang aq dapat sebelum bergerak ke Melaka pagi hari tu datang dengan membawa berita sedih. Mulanya aq cam nak rasa bengang sebab ada orang mesej malam-malam time aq nak tido, tapi bila aq baca mesej tersebut aq sekaligus tergamam, dan terus menyedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham.

Aq akui, aq dengan arwah tidaklah serapat mana. Mula kenal masa tingkatan 2 sebab sekelas, masa tu takde lah banyak bercakap dengan dia. Tapi lepas masuk tingkatan 3 dan kitorang duduk sebelah-sebelah barulah aq kenal arwah sebagai seorang yang pelawak dan periang. Masuk tingkatan 4 & 5 kitorang kelas lain-lain, tapi masih lepak sama-sama bila jumpa time rehat, kelas agama dan waktu sukan. Seorang yang sangat berbakat dalam sukan badminton (pernah lawan sekali dulu kihkihkih teruk aq kene bantai).

Lepas amek keputusan SPM kitorang agak terputus contact (sama gam cam dak-dak kelas aq yang laen) sampailah satu malam lepas final sem lepas dia mesej aq. Khabarnya nak mencari rakan niaga di UiTM Segamat tetapi terpaksa aq tolak sebab sem ni aq dah mula praktikal. Lepastu selalulah jugak terbaca status dia dekat FB, cuma tak berkesempatan nak komen apa-apa.

Sebelum dia meninggal ada jugak beberapa kali aq teringat pasal dia, wallahualam, mungkin kebetulan. Seingat aq tak pernah arwah menyakitkan hati aq sepanjang kami berkenalan, dan aq harap arwah memaafkan aq sekiranya aq pernah menyakiti hati dia semasa dia masih hidup.

Sahabatku, walaupun kita hanya kawan biasa tetapi pemergianmu amat menyayat hatiku. Pemergianmu yang secara tiba-tiba membuatkan aq rindu kepadamu, tetapi pemergianmu yang lebih awal bermakna ada yang lebih merinduimu daripada diriku.

Pemergianmu di usia yang sangat muda mengingatkan aq bahawa, bila takdir kita tiba...
Kita tetap akan pergi jua, kerana janji Allah S.W.T terhadapt ajal maut seseorang tidak pernah dicepat mahupun dilewatkan...

Walau hanya sesaat...

Dalam kenangan... Allahyarham Azmir bin Ibrahim. Al-Fatihah...

26 March 2011

Warkah Kanda Kepada Adinda

In 3 characters 
2 orang tak puas hati.
Ke hadapan adinda [masukkan nama] yang tersayang,

andaikata dinda membaca warkah ini di blok mahupun fesbuk kanda, ketahuilah bahawasanya kanda telah selamat sampai di bumi Malaka. Malaka ini indah-indah belaka dan langsung tiada orang ramai yang berbuat celaka, benarlah kata orang-orang kampung kita yang pernah berkunjung ke negeri ini. Jangalah dinda terkejut dengan kehadiran warkah ini secara tiba tiba, kerana, kanda hanyalah menggunakan kecanggehan teknologi untuk mengposkan warkah ini secara otomatik di laman sesawang blok kanda yang telah kanda siap-siap tuliskan dari malam tadi. Kanda tak mahu menulis surat menggunakan dakwat dan kertas kerana nescaya jika kanda simpan warkah ini di bawah tilam sememangnya niayalah kertas itu dinda renyuk-renyukkan dengan keringanan dinda tatkala dinda beradu sentiasa tidak tetap punggung di malam hari. Tetapi demi menjaga hati dinda maka kanda katakan bahawa sebenarnya tulisan kanda amatlah buruk rupanya, kalah rupa paras dinda. Tetapi hampir-hampir seri.

Dinda,

perkunjungan kanda ke negeri ini hanyalah kerana membawa semangat pendekar. Pendekar sebenar pendekar, pendekar bujang tapi bukan lapok mahupun bapuk. Ya, bujang. Maafkan kanda, kanda hanya dapat menyatakan hasrat yang berat seberat dinda ini melalui warkah yang tidak seberapa ini. Jangalah dinda menyangkakan bahawa kanda bersikap pengecut, kerana pendekar seperti kanda tidak mempunyai sifat itu. Bahkan maksud pengecut itu juga tidak kanda ketahui, itulah sebabnya kanda hampir gagal subjek bahasa Melayu semasa SPM dahulu. Kanda telah memutuskan untuk meninggalkan dinda tersayang bersempena dengan pemergian kanda kali ini, satu keputusan yang tidak mudah untuk kanda putuskan kerana tak nampak mana benang yang boleh kanda putuskan.

Adinda sayangku,

sebenarnya kanda meninggalkan dinda kerana kanda tidak boleh melepaskan peluang di Malaka ini. Di negeri ini ramai gadis-gadis yang cantik rupa parasnya, ramai juga srikandi-srikandi dari serata Tanah Melayu yang berkunjung bersempena dengan acara pada hari ini. Para pendekar berkumpul beramai-ramai pada hari ini demi menunjukkan kehandalan masing-masing, demi memikat hati wasit dan juga anak-anak perempuan mereka. Kanda tidak boleh melepaskan peluang ini, kerana sudah semestinya jatuhlah saham kanda jika kanda menyatakan bahawa kanda sudah beristri. Kanda ingin bergambar secara tergedik-gedik dengan gadis-gadis tersebut, menyatakan rasa cinta kanda pada mereka pula. Andaikata dinda ingin melihat gambar-gambar tersebut, bukalah dinding fesbuk kanda sudah pastinya banyak gambar yang ditag, merakamkan saat-saat bahagia kanda di sana. Boleh dijadikan sebagai pemanas hati terbaik tatkala dinda kedinginan di malam hari.

[Masukkan gelaran yang geli-geli],

kanda berharap agar dinda dapat menerima warkah ini dengan hati dan mata yang terbuka, kerana jika dinda menutup mata tidak dapatlah dinda membaca warkah ini. Kanda tidak mempunyai uwang untuk menulis surat secara braille, telah habis kanda belanjakan keatas gadis-gadis negeri ini. Kanda ingin menyatakan rasa terima kasih dinda kerana sanggup menerima kanda sebagai suami selama ini, dindalah orang gaji ooppss istri terbaik selain daripada istri-istri kanda sebelum ini ooppss terkantoi lagi yang kanda pernah berkahwin sebelum ini. So what the hell, ya dinda adalah bekas istri kanda yang ke-8. Berbanggalah kerana orang-orang Cina mengatakan bahawa nombor 8 itu ialah nombor bertuah. Manalah tahu dinda boleh memenangi loteri selepas ini. Sekiranya dinda menang kirim-kirimkanlah kepada kanda ya, jangan jadi bini tak kenang budi.

Hoi [masukkan nama],

sampai sini jelah aq tulis. Dah penat, mata ngantuk sebab henjoi gile-gile tadi. Doakan aq menang kat pertandingan wajadiri ni. Dah-dah, bai.

p/s : Sekadar warkah mengarut, saja-saja tidak ada kena mengena dengan yang mati mahupun yang tengah nyawa-nyawa ikan. Artikel mengarut bersempena dengan Kejohanan Wajadiri Nasional UTeM 2011 PSSCPUHM. Sekian...

p/s 2 : Doakan aq yaaa sapa-sapa yang terbaca. Heheheh.

25 March 2011

Saya dengar ini

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.





Wajadiri 2011 UTeM : 5, 4, 3, dan 2

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Sori gune logo lama. Takde yang baru, UTeM sorok, haha
Esok ialah hari kejadian untuk seluruh peserta Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk berentap merebut (tak baek rebut-rebut, ish3. Sharing is caring) pingat di dalam Kejohanan Wajadiri Kebangasaan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka.

Fuh, tak sampai setaon dah ada balik wajadiri. Atas sebab-sebab tertentu pertandingan wajadiri peringkat IPT dan sekolah diawalkan dari bulan Julai/Ogos ke 26 Mac 2011. Yang atas tu logo lama yang UTeM keluarkan taon lepas, yang baru aq tak pasti camne. Diorang kate nak surprise surprise cam ni :-

Surprise! Deko bersama Eric.
Sempena dengan pertandingan sok, aq tetibe ingin kuarkan fun-facts aq dengan wajadiri. Jom baca! [/ugut] :-

5 - Kali ke-5 wajadiri dah berlalu semenjak aq masuk Silat Cekak ...

4 - Dah 4 kali aq pergi wajadiri...

3 - Tahun ni kali ke-3 aq sertai pertandingan wajadiri...

2 - Tahun ni jugak merupakan kali ke-2 aq mengikut UTHM pergi wajadiri...

1 - ?????????????

Yang nombor 1 tu nak isi ape ek????
Hmm... insyaAllah boleh diisi dengan...

1 - Kali PERTAMA memenangi pingat dalam acara yang disertai!

Saya juga boleh berangan kan? Hahahaha

All the best to the contestants of this year Wajadiri tournament!

Amin....... InsyaAllah!

My 3rd System, now in PHP!

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
So, dengan tinggal beberape weeks je lagi untuk aq abes praktikal, aq dapat another assignment kat unit baru aq. Sejarah ringkas perjalanan tugas aq sehingga kini :-

System developer -> Photoshop thingy -> Technician -> Video editor -> Technician -> Book translator -> System adviser -> Technician -> dan sekarang system developer sekali lagi

Task tebaru system aq nih sangat best. With only 1 week left, berbekalkan teman setia aq Mr. Google, and armed with only few days of self-taught PHP, aq akan rewrote balik the whole previous system ni. Mintak maaf lah ye tuan yang handle sistem ni (budak praktikal dulu), saya tak berape berkenan dengan coding awak sebab tu saya nak tulis balik + akan add beberape function lagi.

Gile? Hahaha, aq anggap challenge. Dua hari ni aq just setup xampp and config ape yang patut tok run sistem tu kat localhost. Dan sekarang aq da nak balik and kemas-kemas siap-siap untuk pertandingan Wajadiri Peringkat IPT & Sekolah Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi (hoh, sempat gak aq promote) yang menjelang sok pagi. Habes nafas aq menyebutnye panjang-panjang.

Okeh babai.

18 March 2011

_sye nk blog sye direview oleh cik cipot_

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

*Yaawwwwwnnnnnn*

Bukak blogger scroll scroll ke bawah tengok entry orang laen yadiyadiyada bla bla bla, "Hm? Ape kebende la Cipa wat nih?", bukak link, bace entri dier yang terbaru. Terhempas muka dekat keyboard sebab penat ke? nak mati baru balik training untuk tournament Sabtu minggu depan, bangun dan sambung balik baca.

Dan secara tiba-tiba dalam keadaan separa sedar terbuat pulak post ni. Ok la kot, lagipun da seminggu lebih takde posting baru. Tiba-tiba otak jadi stagnant giler, kering je macam seluar dalam yang dah berhari-hari tersidai kat tingkap dihembus angin bayu tak angkat-angkat sebab pemalas.

Aq jadi berminat pulok nak join ape ntah contest-contest yang blogger laen suka buat contest yang kawan aq nih buat. Sebab aq nak dier review blog aq? Haha, aq listkan kat bawah :-

  1. [ugut] Ko tak review maka kite putus kawan!!! [/ugut]
  2. Saje-saje menyusahkan dier.
  3. Blog aq ni ade [3 fasa], nak tengok pening tak pening dier review (sebab kene baca sume entri nanti baru die bole nampak camne blog ni evolve dari 2009 sampai la sekarang).
  4. Aq lebih nak tau komen die tentang post dari layout and other stuff
  5. Takde orang datang blog aq wuwuwuwu
Cukup la tu kot. Yang paling penting no 5 tu. 

GyahahahahahahahahahahahhahahahahahhahahzzzzzzzzzzZZzzzZzzzzzzzzzzZZZZzzzzZZzzz........

p/s : Pergghh baru prasan ade typo kat background note! Malasnye nak bukak photoshop n edit balik. Meh.

09 March 2011

Downtime

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Kalau ade (kalau ade lah) yang cube visit blog ni between malam sekarang sampai lah sebelum post ni aq post, sori lah ya. Aq tutup sementare sebab aq tuka theme blog to sama macam my previous blog, atherons.b.c. So excuse lah ye kalu rase mate tu nak berdarah je tengok kalau tak lawa, tak sempat nak design banner. Give me  some time, and I'll try to work on it. Cheers.

07 March 2011

Ikazrima Goth

In 3 characters 
1 orang tak puas hati.
DMC Dante + Ikazrima
 
Well, banyak sangat mase percuma. Tak dapat turun kelas latihan jadi ni lah kerje nye. Klik gamba utk hi-res.

05 March 2011

PC Upgrade + Short Film editing!

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
*Jeng jeng jeng! Bunyik ketok2 dram + grand opening music*

TORA DATANG LAGI dengan permainan terbaru!
Courtesy of Google Images

Ops, salah entry. Sebenornye udah tiba masanye untuk saya upgrade PC saya (skali lagi)! Semenjak dari sem  lepas udah ade beberapa barang yang baru saya sumbat dalam my beloved gaming rig. Ape yang dah tambah? Kalau korang follow link FB tu korang tengok speaker aq warne putih @ cheap-a$$ RM20 nye speaker (which I dapat free yawww). Sekarang udah pakai Edifier cume tak post je gamba tersebut. Then I pasang kipas kecik yang I rembat ambil dari PC lama for (supposedly) better cooling, bulan 12 ritu tukar power supply dari 230W ke 500W, RAM dari 1.5 gigs (very odd) tambah jadi 2 gigs (baru tadi). Sekarang cuma tinggal nak tukar windows jap. Takde problem ape-ape pon dengan windows sekarang cuma saya pakai version 32-bit nyer. Tapi tadi lepas nak install Adobe CS5 MC baru perasaan yang Premiere tak leh install, tak meet system requirements. Perlukan 64-bit nye OS daaa.

Penting ni nak pakai, nak edit + tambah effects cam cite Dragonball dalam short film yang kitorang (Cekak UiTM Segamat) shoot taon lepas khas untuk program Malam Gerak Pahlawan VIII. Unreleased sebab sebelum ni tak cukup masa untuk siapkan post-editing. Satu perjalanan yang penuh dengan drama untuk amek semua take untuk film ni! So jap lagi nak restart PC and install windows baru agar saya boleh teruskan proses editing untuk film tersebut. Nanti-nantikan adegan kami memalukan diri sendiri kat Fesbuk saya dalam seminggu dua ni, insyaAllah. Now, I'm off!

04 March 2011

Ijazah dan masa depan [part 2]

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
[Part 1]

Awek of third DEGREE black belt. Nak post gamba awek sendiri takde.

(WARNING COPY PASTE! Korang mungkin akan tetido tengah jalan, ZZzzzZzzz, sebab post ni takde la lawak)

Rasa macam baru semalam je aq masuk diploma part 1. Tup-tup dah nak abes, tinggal lebih kurang 7 minggu lagi sebelum tamat praktikal. Pastu dah boleh kembali duduk rumah goyang-goyang punggung tiap hari sampai tunggu bulan sembilan bila intake degree masuk. Seriously aq against plan pengajian baru ni.  To me IT'S CRAP. Kat luar negara memanglah sesuai diorang buat satu tahun 3 semester SEBAB DIORANG ADA CUTI MUSIM PANAS  around Jun till' August. Kat Malaysia tak relevan langsung benda ni dipraktikkan, tapi agaknye sape yang bertanggungjawab tukar macam ni sebab ada cuti musim tengkujuh atau banjir kat Malaysia. Agaknye.

*[rant]In actual their reason is that untuk taknak menyusahkan pelajar tukaran, clash time belajar diorang dengan kite. To me, so what? It's our country, do it our own ways. Why should you piss-off kan pelajar tempatan semata-mata nak cater to the foreigners? If any of you foreigners even read this, I didn't mean to offend you. Instead I respect you guys, I'm just annoyed that our ministry of edu. decided to force this upon us by giving a very late announcement about this. It's IMHO on this matter.[/rant over]

Tajuk pasal ijazah mestilah nak ceritakan pasal program ape yang aq nak sambung lepas ni. Sekarang I'm taking dip. in com.sci. (CS110). Takde major in apape, only a major pain in the @$$ that I have Calculus as my 4 credit hour subject instead of an actual computer subjects in my 3rd, 4th and 5th semester (the last  one is because I had to repeat a subject. Blame my undying love for counting with ALPHABETS). Aq  akan sambung U mane? Hmm, biar aq bagi hint. Slip permohanan aq berharga RM25.60. Jadi agak-agak boleh tau aq pilih U mane untuk sambung? Tak boleh punye.

Bebalik kepade program yang aq akan pilih. Lets talk about the options that I do have the luxury of choosing from. Andai kata aq pilih untuk sambung UiTM jugak ke ijazah, these are the available choices that I would ONLY CONSIDER. Kopi pes dari website UiTM :3 :-
Total available choices untuk com.sci. ade 12. Tapi aq tapis semua yang ade kaitan dengan matematik sebab aq suka matematik, tapi suka bila aq dapat buat je la. Bila tak dapat aq sumpah seranahkan semua formula dengan equation secare berhemah. Dua lagi yang aq tapis ialah Com.Sci in IT dan AI. Em pikir2 balik AI mungkin aq akan reconsider.

Tapi tu kalau aq pilih untuk sambung UiTM! Kalau aq tak pilih UiTM, mane plak U nak pegi ni?  Program ape nak sambung? Aq cadang nak sambung Youtube je, err aq rahsiakan je la pilihan aq. Kalu aq bagitau pon korang bukan kesah. Shoh-shoh menyebok je hal aq. Haha kurang ajar tak? Tak? OK sila berambus dari menjaga tepi seluar aq. Ade satu yang aq nak jelaskan kat sini, aq pilih CS110 kat UiTM sebagai pilihan pertama mase mohon UPU dulu sebab aq ingat bolehla relate dengan ambition and dreams aq. Masuk part 4 die deviate, aq tak brape boleh nak relatekan lagi. Agak-agak kalau dah menyimpang nak teruskan jugak ke? Korang pikir-pikirkanlah sendiri dulu ye.

In all of seriousness *Ahem Ahem*, ade high probability yang kali terakhir korang jumpa aq (referring to my class and batchmates) hanye time presentation nanti. After that hey so long sucker, see ya, bon voyage, arrivederci, later loser, goodbye, good riddance, peace out, let the doorknob hit ya where the good Lord split ya, don't come back around here no more, hasta la vista, kick rocks, and get the hell out. Dan mungkin kita jumpe lagi time kenduri kahwin atau arwah aq. Entah.

Dinner sem ni? Jangan risau aq tak tunjuk muka. Kurang-kurangnye hilanglah someone yang menyakitkan hati korang, tak gitu? Haha. Kepada yang tak paham-paham bahase nak jugak carik aq, satu je la carenye. Event SILAT CEKAK HANAFI. InsyaAllah aq tak lari dan kekal selagi mampu kat sana. Keluarge kan? Pisah jaoh camne pon mesti ade time untuk kumpul ramai2 balik.

Ish perlukan jugak ke [part 3]? Perlu. Kot. Sambung sikit lagi tentang ijazah dan lepas ijazah.

As-salam.

    Nyaris!

    In 3 characters 
    0 orang tak puas hati.
    Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Astaghfirullah al-azim.

    Alhamdulillah, Dia masih sayang. Berkat doa yang dibaca sebelum memulakan perjalanan buatkan diri ini terselamat dari kemalangan yang betul-betul nyaris bebrape jam tadi. Kalau kereta yang kat depan tak alih sikit ke tepi memang alamat 'tercium' aq belakangnya. Badan tengah penat, langsung tak prasan Pajero depan brake emergency sebab ade kereta depannye berhenti nak belok. Tapi sempat pijak brek dengan tarik handbrake.  Dah macam buat drifting punye berasap tayar aq.

    Takdelah dasat camni asapnye tapi visible jugak la. Tak prasan plak jalan ade mark hitam ke tak.
    Patutlah dalam bebrape hari ni terasa nak sangat mandi silat. Rupenye petanda ade kejadian tak elok. Alhamdulillah dapat jugak walaupun sekali. Kalau tak kerana doa dan usaha masyaAllah tak taulah wad mane aq menginap malam ni. Mintak maaf lah ye dak2 Cekak UTHM, lepas insiden tadi saya tak jadi datang dan patah balik jage kelas kat pusat latihan je. Sori. Hehe.

    03 March 2011

    Ijazah dan masa depan [part 1]

    In 3 characters 
    0 orang tak puas hati.
    Semuanye sebab aq baru beli slip kemasukan ijazah tadi. Hohoho.

    Kalau tengok dari tajuk post, mestilah korang dah boleh agak apa yang aq akan buat lepas abes dip. Ade beberape kawan se-batch aq yang plan tak nak sambung, nak terus kerja, dan ade jugak beberapa yang dah rancang untuk settle down @ berumahtangga. Ketiga-tiga tu bukan dalam pilihan aq, lagi-lagi yang terakhir. Satu kepastian is aq memang plan untuk lanjutkan usia pelajaran bila aq graduate dip. Jadi jom berbual pasal benda-benda ni.

    (WARNING! Korang mungkin akan tetido tengah jalan, ZZzzzZzzz, sebab post ni takde la lawak)

    Taknak sambung belajar?

    Err... aq taknak duduk rumah panjat pokok kelapa. No offense.

    Nak terus kerja?

    Some maybe tertarik dengan duit yang diorang dah pernah rasa time kerja part time dulu / praktikal sekarang. Aq rase aq masih sangat muda to take a step into the world of professional and having a steady career. Zaman belajar aq masih belum abes, my ground is still very shaky for me to consider this option. Biarlah aq tambah dulu ilmu yang cetek ni.

    Kawen? 

    Aq sebeno  nye rase nak gelak bila bincang pasal hal ni. This year I'm only turning 21, bagi aq TERSANGAT2 MUDA dan TAK MATURE lagi untuk aq mulakan keluarga sendiri. Aq tak perkecil atau rendah-rendahkan kawan-kawan aq yang dah plan nak kahwin, bahkan aq support diorang sebab dah bersedia untuk langkah ke alam rumahtangga. Tetapi aq ni LELAKI. Sooner or later aq (insyaAllah) akan jadi suami dan ayah. Both are gonna be REALLY BIG responsibilities. Aq consider diri aq masih tak matang lagi. 

    Bukan stakat diri sendiri, isteri dengan anak aq kene tanggung. Aq tak nak bagi half-a$$ed life and love to them. Biarlah kalau aq bekawen, sekurang-kurangye isteri aq boleh hidup senang. I'm not gonna promise her happiness out of nowhere. Dah jadi trend sekarang pasangan muda kawen sehari dah bercerai esoknye. Kalau kaji balik kadang2 diorang terpedaya dengan angan2 kosong sebelum kawen. Your life is not going to bloom just because of love and promises that you both make to each other. Unless you're both ready to make a commitment and accept your responsibilties, then you're walking into a door of inevitable disasters.

    Alasan sebenonye sebab takde calon hahaha.

    Last but not least... SAMBUNG IJAZAH!

    Kite cakap pasal ni kat post satu lagi.

    Adios, assalam.

    [part 2] 

    02 March 2011

    Tetibe saya ter On9 kat YM...

    In 3 characters 
    0 orang tak puas hati.
    Aghh mengacau tol la Yahoo nyer mail...

    Stupid YMail tukar stealth settings aq tak bagitau. Pfft. Well, to entertain y'all aq biarlah on untuk hari ni.

    Tenang.

    In 3 characters 
    0 orang tak puas hati.

    "Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
    Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
    Ya Allah Bantulah Hamba Mu

    Mencari Hidayah Daripada Mu
    Dalam Mendidikkan Kesabaranku
    Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
    Di Atas Perpisahan Ini"