Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

23 February 2011

Ucapan pekerja cemerlang

In 3 characters 
Assalamualaikum w.b.t.

Petama sekali saya nak ucapkan belasan terime kasih dekat bekas kekasih saya sebab sudi memberi ruang kepada saya untuk mencari kekasih baru. Saya memang dah lama damba yang lebih mengiurkan agar lebih padan dengan saya yang rupe ada memang iras-iras sebijik model pakaian dalam yang terpampang kat iklan The Store. Mungkin itulah punca kedatangan kotak seluar kecil baru yang berbungkus-bungkus setiap pagi depan pintu saya. Perghh gamba kat kotak tu memang detail, boleh nampak semua. Eh awak jangan fokus lama-lama kat situ nanti batal puasa ganti awak yang dah berape tahun tak penah abes. Saya takpe saya lelaki. Eeyy saya straight takde corner-corner. Awak gile mane bole tengok haram sebab kite bukan muhrim.

Bebalik kepada kenapa saya dipangil untuk mengucap berucap pada hari yang cuacanye saya rasa suam-suam kuku saje, ini kerana saya telah dinobatkan sebagai 'self-proclaimed pekerja cemerlang' untuk tahun ni. Tengok baru keje tak sampai dua bulan da boleh menang anugerah, hebat tak saya? Itulah kehebatan orang yang selalu memuji diri sendiri. Dalam ucapan ni saya akan memberikan tips-tips tak berguna agar awak boleh copy & paste kat dunia pekerjaan awak.

Pekerja yang 'biasa' hanya datang awal ke tempat kerja sebelum mesin tick kedatangan menyanyi lagu-lagu disko dangdut, dengan punch card yang tulisan semuanye warne hitam. Pekerja yang 'hebat' datang tepat pada waktunya jam 0800, tak cepat tak lambat. Untuk menjadi pekerja yang 'cemerlang' @ extraordinary dan laen dari yang laen, awak bolehlah keluar dari kebiasaan dengan mewarnakan kad kedatangan awak dengan tulisan bewarna-warni. Di sini awak dapat menjimatkan dakwat hitam majikan awak dan tidak membazirkan dakwat merah yang disediakan. Ini sekaligus dapat melihatkan awak seorang yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif. Disamping itu kedatangan awak selalu disambut dengan bunyi-bunyi yang meriah. Sian mesin tu memekak tapi takde orang dengar. Salah satu sebab kenapa saya menang anugerah ni ialah kerana tulisan kat kad saya berbelang-belang cam zebra pada bulan pertama lagi. Belang zebra dari putih betukar merah sebab dah kene mamam bone-toot dier dengan sang rimau.

Pekerja yang 'biasa' keluar minum pagi dengan bos dan rakan sepejabat dalam lingkungan pukul sampai mati 10 pagi. Pekerja yang 'hebat' boleh ikat perut dan jadi suami mithali makan kat rumah dengan anak bini waktu tengahari. Pekerja yang 'cemerlang' macam saya tidak pernah terikat dengan waktu. Saya menganjakkan waktu minum pagi ke jam 1230 digabungkan dengan waktu rehat pada jam 1300. Bukan setakat itu saje kehebatan saye, saye juga berjaya menganjakkan waktu masuk ofis ke jam 1430, menjadikan waktu berehat saya dari jam 1230 hingga 1430. Pekerja 'biasa/cemerlang' hanya dapat berehat selama satu jam. Mereka yang 'cemerlang' dapat berehat selama DUA jam! Lihat, dengan sedikit time management awak dapat meningkatkan 'produktiviti' awak. Semakin respect rakan-rakan sepejabat dan majikan pada awak!

Untuk menjadi 'cemerlang' awak juga harus berani mengambil risiko! Risiko yang camne? Saya bole bagi satu je contoh, mane bole bagi manyak-manyak nanti awak rampas award saya tok tahun depan malu saya mane nak letak waterface yang innocent nih? Wat muka jap. Oke sudah-sudah nanti awak tergoda balik dekat saya tu yang malas nak wat muka comel. Pastikan awak dah siapkan semua keje yang dah bertingkat-tingkat macam flat murah yang beselerak kat tempat awak duduk tu. Da siap lepastu barulah awak wat sesuatu yang 'WOW!'. Cara saye ialah teros terang tanpa sorok-sorok tido atas meja. Sebab tu la awak tengok hidung saya da tak mancung lagi dah, abes kemek tiap kali hempas muka untuk tido. Majikan pasti tertarik untuk membuang awak keluar tingkap tanpa notis jika awak adalah saya kerana meja saya betul-betul depan pintu. Bukak-bukak pintu pasti awak tergelincir terkangkang sebab tepijak drool saya yang paras airnya macam kat Segamat time banjir baru-baru ni. Sebelum terlupe awak bolehlah bawak pelampung tiap kali awak nak melawat saya.

Tips terakhir, awak kenalah sentiasa bersedia awal. Tiap kali sebelum pukul 5 awak dah tercangak depan mesin. Pastikan awak hanye keje tak melebihi 8 jam sehari oke? Sebab mereka yang 'cemerlang' sentiasa dapat menyingkatkan masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu kerja.

Kenapa saya guna 'awak' tak guna 'anda' dalam ucapan ni? Tak formal la address audience camni. Eh takpe la, kitakan rapat. Saya selalu belai, bagi makan, kadang-kadang terpijak perut awak bila awak menyibuk tidur depan pintu saya. Saya selalu nak tanya awak apa rasenye jilat tempat pembuangan sendiri tiap kali lepas membuang. Mesti aftertaste die sangat hebatkan? Oh okelah saya kena masuk ofis doktor jap lagi. Saya tak pahamlah kenapa kene jumpe doktor tiap-tiap hari, padahal saya tak minat pon kat dia. Entah la diorang kate ni semua ade kene mengena dengan surat yang terima yang terpampang jelas dan nyata tulis 'Awak telah dibakar!'. Tu lah yang saya paham bila saya translate guna goolge translator. Rindulah kat awak. Dah abes appointment nanti saya balik rumah ye. Doktor kate kurang-kurangnye lagi 16 tahun baru saya abes appointment dan bole balik.

Sekian saje ucapan saya, terima kasih.

No comments: