Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

09 January 2011

TranslaSI : Bahasa Melayu HYbrid

In 3 characters 
'Ehem-ehem... kali ini harus tukar sikit stail penulisan...'

'Ketawa, ketawa, ketawa'. Bukan sebab apa, sebab kalau tulis 'shortform'  macam tak kena pulak dengan tajuk dan nanti maksud tak sampai, jadi terpaksa tulis ayat/perkataan penuh-penuh sikit (walaupun tatabahasa saya gerenti lari, dan ada jugak yang saya tulis secara 'pasar' dan campur aduk bahasa penjajah).

Maksud hibrid? A picture paints a thousand words, jadi saya biarkan gambar di bawah menjelaskan segala-segalanya.

Oh my God WHAT THE FU** IS THAT!!??
Okay, sangat disturbing saya tahu tapi saya tak pernah kesah tentang pandangan anda semua jadi diam. Mengikut search result pertama yang keluar dekat Google bila taip 'define hybrid' (without the quotes), 'a word that is composed of parts from different languages', ataupun dalam bahasa Google Translator 'kata yang terdiri daripada bahagian-bahagian daripada bahasa yang berbeza' (sangat suka function kopi&pasta ini ^-^ <333333 lol).

Saya rasa itulah yang terjadi kepada Bahasa Melayu saya sekarang ini (ya, saya tulis Bahasa MELAYU. Awak ada masalah awak pos lah semua maki hamun awak tu dekat wall FB saya, saya tak peduli sebab saya dah lama tak bukak FB). Saya bukan nak mulakan kontroversi apa-apa mahupun mengutuk sesiapa, cuma nak berkongsi pandangan saya.

Bahasa Melayu memang sangat cantik, itu saya tak nafikan sebab itu saya suka tulis perkara melentok-lentok dan berbunga-bunga dalam bahasa Melayu. Kalau awak semua buat kajian etimologi mengenai bahasa Melayu, mesti jumpa banyak sejarah yang complicated yangawaksimpansendirisayatakberminatnaktahulollawak. Saya perasan banyak perkataan yang diMelayukan dengan perkataan asal itu diubah sikit-sikit saja. Contoh terbaik adalah tajuk posting ini. Saya rasa tak patutlah, bukan apa sebab kita dah ada perkataan lain yang dah cukup baik yang sama maksudnya.

Kalau awak semua tak faham @malasnakpikircehtakguna, saya listkan sikitlah dekat bawah ni :-

dansa (dari perkataan dancing) : Kan dah ada perkataan menari?
patatik (dari perkataan pathetic) : Kan dah ada perkataan menyedihkan?
prebiu (dari perkataan preview) : 'Biu' tu apa? Kan dah ada perkataan pratonton?

Tapi main point saya kali ini lagi banyak pasal perkataan English yang diakhiri dengan -tion. Banyak(semua) words yang akhir dengan -tion (translation, domination, etc.) boleh diganti dengan -si.  Bila baca newspaper sekarang ni dah banyak saya nampak certain words yang sangat out of place bila buat translaSI macam ni :-

domination : dominasi
action : aksi
collaboration : kolobrasi
promotion : promosi
reflection : refleksi
sensation : sensasi
collection : koleksi
destination : destinasi

Saya rasa boleh gerenti setiap perkataan yang diMelayukan kat atas ni dah ada perkataan lain yang sama maksudnya. KENAPA harus buat perkataan baru?

Ok, kita main teka-teki. Cuba teka maksud yang saya nak sampaikan dengan gambar kat bawah ni.


+


=

?

OK SUMPAH TAK KELAKAR.

2 comments:

Zack Zachoes said...

kalau ko buat tesis nnt guna perkataan bombastic; cth. 'deduksi', 'koloborasi', 'kognitif', 'psikomotor' dan 'refleksi'; nescaya ko dpt A+ dalam tesis ko. hahahaha..

Ikazrima said...

yawwwwnnnn....lg best buat dlm engRish