Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

31 October 2010

Pandangan Pertama

In 3 characters 

Diungkapkan dalam bahasa penjajah, maka jadilah ianya ‘first impression’.

Tajuk kali ini tidak serius, maka dibincangkan dalam keadaan bersahaja. Bukan apa, cuma kerana beberapa ketika sebelum ini soalan yang sama sengaja ditimbulkan kepada seseorang. Sahaja ingin tahu apa sebenarnya yang kamu semua lihat mengenai diri ini apabila kita pertama kali bersua muka. Maka di ruangan yang tidak seberapa ini dikumpulkan pandangan-pandangan yang pernah diluahkan sebelum ini. Atas dasar privasi semua, maka nama mereka yang menyatakan pandangan tersebut tidak akan ditulis.

  • Serius/garang – timbul kerana diri ini jarang tersenyum di hadapan orang yang kurang rapat, lebih menunjukkan air muka yang menampakkan keseriusan. Padahal itulah air muka semula jadi yang tidak dibuat-buat, ada pada diri ini semenjak kecil lagi. Tiada apa yang dirasakan, kerana inilah pandangan yang paling biasa didengar. Tidak berkawan maka tidak mungkin tahu
  • ‘Playboy’ – di tanya apakah sebabnya, maka dikatakan stail rambut yang dikenakan. Perwatakan memakai cekak rambut pada satu ketika dahulu menimbulkan impresi bahawa diri ini suka berfoya-foya, dan selalu didampingi ramai wanita. Maka tergelak besarlah diri ini apabila sebab tersebut dinyatakan
  • Pemalu / pendiam – sebab-sebab yang biasa, tiada yang istimewa. Selalu dimarah emak sebagai ‘rompong/tiada hidung’
  • Menakutkan – tidak tahu dari mana asal usulnya, tetapi ada beberapa orang yang tidak berani untuk mendekati diri ini kerana berasa takut. Ditanya mengapa, maka dijawabnya kerana pandangan mata. Apa yang ditakutkan dengan pandangan mata ini? Takut kerana pandangan yang diberi dikatakan membaca hati dan perwatakan diri. Menarik nafas panjang apabila mendengar penjelasan ini. Maka dijelaskan kepada mereka bahawa diri ini tidak dikurniakan kebolehan membaca hati, hanya gerak itu yang diperhati. Tidak guna kamu menafi, ianya nampak jelas dan nyata dengan mata hakiki
  • Pemencil diri – kerana datang dan pergi ke kebanyakkan tempat seorang diri. Dilihat lebih banyak bersendiri dari ditemani
  • Tiada emosi – kerana tidak menunjukkan sebarang reaksi ke atas sebarang cerita yang didengari, baik khabar gembira mahupun berita buruk. Mata dikuyukan dan intonasi percakapan yang mendatar. Sikap yang agak dibenci oleh beberapa orang, kerana lansung tidak menunjukkan samada diri ini mengambil pusing atau tidak. Dikatakan hidup secara ‘carefree’
  • Cakap ‘lepas’ @ ‘sound direct’ – bak kata peribahasa Melayu moden, mulut yang tidak ada insurans. Kesemua yang terlintas di fikiran habis diluahkan tanpa ada sebarang tapisan. Terkena dan tertusuk tepat ke hati maka jatuh / melentinglah mereka yang mendengarnya. Sedap juga digunakan kadang kala. Tak bersedia maka berdesinglah telinga
  • ‘Evil’ – terkadang mengukirkan senyuman sinis beserta dengan gelak tidak ikhlas. Percakapan yang digunakan tersangat menyindir dan berkias. Bercakap sambil tersenyum dan tergelak juga dapat menitiskan air mata dan moral seseorang. Provokasi tahap maksima digunakan, diikuti dengan sikap ‘Tiada emosi’ @ boleh juga sebaliknya, kombinasi terbaik untuk menyakitkan hati

Maka sekianlah setakat ini. Di lain masa di lain hari kita akan bertemu lagi. Salam.

     
     

No comments: