Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

21 October 2010

Limitasi dan Rasionalisasi

In 3 characters 

INI HANYALAH SEKADAR NASIHAT DAN TEGURAN DARI SEORANG HAMBA ALLAH, TERPULANGLAH SAMA ADA KAMU MAHU MENGAMBILNYA ATAU TIDAK

 

Kali ini ingin menyentuh konsep limitasi(had: limitation) dan rasionalisasi (rationality) dalam cubaan untuk mengukur dan menilai sesuatu situasi. Memang dalam agama Islam sekalipun dikatakan bahawa sabar itu ada hadnya. Itu memang diakui benar, tetapi itu bukanlah bermakna kamu berhak menghilangkan had kemarahan dan rasional kamu dalam mempertimbangkan sesuatu. Pertimbangan dan penilaian yang kamu buat berpandukan sifat amarah kamu adalah seburuk-buruk keputusan. Maka tenangkan fikiran, redakan kemarahan, fikir berulang kali sebelum mengambil tindakan.

 

Jika tidak tertanggung lagi perasaan marah itu, maka ianya akan terluahkan. Tetapi ingat, kamu tetap harus menjaga batas kamu meluahkannya. Jika benar kamu YAKIN bahawa apa yang kamu pegang dan kamu bawa itu BENAR, maka katakanlah hanya KEBENARAN. Fitnah itu tetap fitnah, walaupun punca kemarahan kamu itu adalah benar.

 

Perkara yang sangat mengecewakan diri ini adalah apabila kamu membuat keputusan dalam keadaan marah, dimana akal fikiran kamu dikawal oleh hawa nafsu dan bisikan-bisikan halus. Dalam situasi ini kamu akan lihat bahawa apa yang kamu dapat hanyalah kerugian dan penyesalan dikemudian nanti.

 

Dalam menilai situasi, maka hendaklah kamu mengambil kira faktor-faktor sekeliling. Kajilah puncanya, kajilah kebiasaannya. Bolehkah kamu memahami sesuatu tanpa mengenali asal usulnya? Jawapan untuk soalan tersebut ialah 'hampir tidak mungkin’. Tidak mungkin kamu memahami pemikiran seseorang tanpa mengenali kebiasaan dan perwatakannya. Menyatakan pertuduhan tanpa rasional yang kukuh adalah perbuatan sia-sia. Mengapa kamu tidak mahu mendengar, sedangkan apa yang ingin disampaikan itu mungkin membawa kebenaran yang kamu inginkan. Inginkan? Bernarkah kamu inginkan kebenaran? Atau adakah kamu memikirkan diri kamu sahaja yang benar kerana itu adalah kebenaran buat kamu?

 

Hentikanlah. Hentikanlah. Hentikanlah.

 

Berhenti dan berfikir. Maka ini adalah rayuan sebenar-benar rayuan kepada KAMU. Jika kamu faham maka fahamlah, jika tidak maka ketahuilah bahawa diri ini sudah berusaha memberi kamu ruang untuk memahami.

 

Maaf, diri ini sudah penat menyatakan. Salam.

No comments: