Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

14 October 2010

Deklarasi Menghilangkan Diri

In 3 characters 

Ianya pernah bermula, ianya pasti akan berakhir.

Diikutkan kehendak hati tidak ingin berjumpa lagi, tapi dikenangkan kembali tidak tersampai hati. Mana mungkin pertalian diputuskan seperti ini, maka tidak diungkapkan ‘selamat tinggal, jumpa lagi’. Tidakkah kamu mengetahui, bahawa diri ini hampir pasti takkan kamu lihat lagi jika sudah menetapkan hati untuk pergi. Ditafsirkan ‘tidak ingin’ mengikut suka hati, penyampaian asal pun mati. Dipandang dua kali maka mungkin kamu baru mengerti, ianya lebih kepada tidak aku sanggupi.

Akan pulih seperti sedia kala, sehingga kamu tidak mengenal lagi siapa ini. Akan terjadi kamu menatap aku, tetapi tidak aku perlihatkan diri aku kepada kamu. Akan aku buat kamu tertanya-tanya sehingga kamu terlupa, siapa aku sebenarnya.

Perpisahan itu sentiasa menyedihkan, maka biarlah aku seorang yang merasakannya. Biarlah aku menghilangkan sedikit demi sedikit diri ini dari hati dan ingatan kamu, agar tiada apa yang dapat kamu kenangkan. Kemungkinan untuk kita bertemu lagi hampir tiada, melainkan aku yang memutuskan untuk berjumpa, 4 atau 5 tahun lagi. Kamu bertanya adakah aku sudah gila? Sesungguhnya itu perlu untuk membuat kamu tidak terluka.

 

TETAPI

 

Jika kamu tidak lari, dan kamu kekal dalam keluarga ini, hampir pasti kita akan bertemu di kemudian hari

Dan sebab itulah aku tidak mengucapkan ‘selamat tinggal, jumpa lagi’

Kerana Ini bukannya perpisahan, ini hanyalah merantau pergi

Seorang abang mahupun adik meninggalkan keluarganya, demi mencapai yang lebih tinggi

Jangan berduka, jangan bersedih hati

Kerana apa yang aku tanggung adalah lebih perit dari ini

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi nanti

Aku harap kamu tidak jadikan ini deklarasi aku menghilangkan diri

Wahai ahli keluargaku, SILAT CEKAK HANAFI

 

Bertemu di penulisan yang satu lagi. Salam

p/s : Khas untuk ahli PSSCUH UiTM Segamat

No comments: