Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

18 September 2010

Ketahuilah

In 3 characters 

Ketahuilah aku tidak dapat membaca hati
Melainkan aku hanya dapat memerhati
Ketahuilah aku bukanlah berniat menghakimi
Melainkan hanya panduan untuk aku mengenali

Ketahuilah aku tidak akan berjanji
Melainkan dalam kehendak aku memegangnya
Ketahuilah akan aku cuba tunaikannya
Melainkan di luar kemampuan untuk aku teruskan

Ketahuilah akan tujuan aku menyampaikan
Melainkan hanya inginkan jalan penyelesaian
Ketahuilah aku tidak meminta simpati
Melainkan hanya mahu kamu memahami

Ketahuilah aku tidak memilih untuk berdiam
Melainkan kerana kamu yang membuat aku terdiam
Ketahuilah mengapa aku tidak dapat memandang kamu
Melainkan hanya kerana itulah kamu

Ketahuilah perasaan itu bukanlah tidak dipunyai
Melainkan lebih kepada menyembunyi
Ketahuilah bukan semua dapat mengetahui
Melainkan yang benar-benar aku percayai

Ketahuilah mengapa aku tidak dapat melakukannya
Melainkan kerana aku tidak bersedia
Ketahuilah mengapa aku tidak mahu melakukannya
Melainkan kerana tidak dapat aku mengikhlaskannya

Ketahuilah kemarahan aku tidak akan kekal
Melainkan hilang terus dengan hanya satu pertanyaan
Ketahuilah lansung tiada minat aku meninggikan suara
Melainkan kerana ianya perkara sia-sia

Ketahuilah mengapa aku memilih bersedih
Melainkan kerana aku sangat mengambil peduli
Ketahuilah mengapa aku tidak suka menyampaikan secara terus
Melainkan hanya ingin kamu berfikir agar lebih memahami

Ketahuilah,
Semua yang aku lakukan adalah bersebab. Jika sebelum ini aku meminta kamu memerhati, sekarang aku minta kamu mengetahui dan memahami. Seperti sebelum ini, inilah apa yang aku gunakan ke atas kamu. Maka aku serahkan kepada kamu sama ada ingin menggunakannya ke atas aku ataupun tidak.

Adios, salam.

No comments: