Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

19 April 2010

The concept of UNITY

In 3 characters 

Okeh, diri ini kembali setelah beberape ketika aq tak menulis mengenai sesuatu perkare tentang pandangan dan pendapat aq mengenai isu semasa. So, tajuk perbincangan pada kali ini ialah ‘the concept of unity’ atau dalam bahase kemelayuan nyer ‘konsep kesatuan’. Sebenarnya ni patot posting 2 minggu lepas, tapi tak terpublish plak. So publish je la hari ni.

Kenapa lah tak pasal-memasal aq pilih tajuk ni untuk dimengarotkan dalam penulisan kali ini? Alasannya satu; aq mendengar berita yang kurang enak mengenai salah satu persatuan yang aq join. Kemungkinan besar ianya akan dibubarkan pada sem depan. Sebabnya? Tiada kerjasama dari committee members dalam aktiviti yang persatuan jalankan. Tiada kerjasama maksudnye takde kesefahaman. Takde kesefahaman maka tak mungkin wujudnye kesatuan. Mungkin ahli tak nampak tujuan atau matlamat persatuan. Join persatuan adalah sebab ke‘wajib’an, bukan kerana kesanggupan.

Beralih kepada satu lagi persatuan yang aq pernah jadi ahlinye, masalah laen pulak yang timbul. Ura-ura kurang best mengatekan 3/4 exco nyer akan letak jawatan @ termasoklah yang akan grad. Kalau jadilah perkare nih, maka terkontang-kantinglah mereka yang tinggal. Lebih dari separuh force yang menggerakkan persatuan sebelum ni takkan ade lagi untuk support pergerakkan persatuan untuk mase depan. Aq tak boleh bercakap tentang fakta nape diorang ni nak letak jawatan. Tapi kalau secare anggaran aq bole berikan pandangan; yang tua dan yg pegang kuasa ke atas yg laen – diorang tunjukkan seniority and veto. Yang muda @ kurang berkuasa – ape lagi, memberontak lar.

Yang satu lagi ni lagi aq bersimpati. Salah sorang dari higher-ups yang pegang persatuan merajok tak tentu pasal. Dah la laki. Kalu perempuan aq taw la memang cepat sensitif. Anyways, alasannya memang tak munasabah dan munasarawak. Cume tak inform dier dulu je, anak buah yang dapat maklumat lagi awal. Brape banyak awal? Awal 5 minit. Tak ke gile tu. Aq sendiri aq kat tempat kejadian time maklumat tu disampaikan kepada exco2 tersebot. Last2 implakasi nyer dier tarik yang pasangannye untuk letak jawatan, dan pasangannya tarik member-member turut ikot same, dan ade beberape exco lain yang melihat hal yang tak patot terjadi ini turut lepas tangan dari persatuan sebab keadaan persatuan yang semakin goyah akibat bende remeh-temeh. Perkare ni dah jadi chain reaction plak dah. Sebab itulah aq seboleh-bolehnye tak nak ahli2 persatuan yang aq pimpin sendiri nampak perkare seperti ini terjadi. Ahli boleh kekal atau lari terus disebabkan wujudnye family-oriented / hostile enviroment.

Nampak persamaannya?

Ketiga2 situasi ni point to the same prob; takde unity. Tak kiralah unity antara exco2, antara committee members, lagilah tak mungkin antare exco n members. Aq memang tak boleh nak nafikan, usaha memupuk kesafahaman antare sesama ahli sangatlah sukar. Tak caye? Cubalah join mane2 organization. Tapi ingat, join organization yang dah tahap kritikal perhubungan antare sesama ahli2nyer. Jadilah sebahagian dari exco diorang, tengoklah betapa payahnye nak gerakkan aktiviti persatuan. Ini cakap bukan sebarang cakap, ini cakap melalui pengalaman. Pengalaman dari join 4 persatuan berlainan. Hampir semuanye punyai masalah yang same.

Aq tak boleh nak berikan penyelesaian paling efektif bagi masalah ni, tapi aq boleh kongsi pandangan dan pendapat. Cara yang aq nampak satu je : eratkanlah hubungan antara SEMUA ahli. Bukan pilih nak rapat dengan geng @ puak2 tertentu. Sukar? Memang sukar. Kenapa? Perangai setiap orang berbeza. Aq pon still dalam peringkat percubaan; cube accept seorg tu seadanya. Kite ni manusia, memang banyak je buat salah. Kalau tak pernah buat salah itu sifat nabi namanye. Unity itu penting, bak kate moto kolej aq, SR UNITE!!! Apape pon marilah kite renung2kan, buat iktibar dan tauladan.

Aq doakan persatuan aq tidak ditimpa perkare seperti ini, insyaAllah kekal bersama walau apepon yang musibah yang mendatang.

Amin.

No comments: