Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

04 March 2010

Turning point… atau titik perubahan

In 3 characters 

Bahagian 2nd – Sejarah aku dalam Silat Cekak

Aq sudah tidak tahu kerna apa, tapi aq selalu update post time yang pelik2.. Tak caye? Tengok je la time kat bawah post ni. Mood aq datang tiba2 setelah berjaga selama 19 jam straight. So anyways, aq sambung lah sikit pasal apa yang aq tulis sebelum ini. Kali ni takde gamba, tak taw nak letak ape.

Masih bersambung (Februari 2007)

Aq menyambung kembali ape yang aq telah tinggalkan semenjak raya 2006, maka bermula lah sekali lagi latihan aq di high school (HS) pada bulan februari 2007. Biasa la tu, dah dekat 5 bulan tak practice, memang tak ingat ape pon mase first day sambung training. Terbodo la tengok member2 lain buat buah, yang aq zero habis. Tu lah padahnye bile tak wat shadow seperti yang disuruh jurulatih, jangan la korang pandang rendah tentang training sorang2 tanpa partner. Banyak gune nyer. So training punye training, aq pon habislah dapat silibus buah asas pada bulan 4. Masa time last aq dapat 4 skali buah, memang ari tu rase giler-tak-tertanggung-dek-badan-dan-otak-untuk-menghafalnye-sedangkan-no-ic-yang-tak-brape-panjang-pon-kadang2-terlupe. Penat memang penat, habis training cam biase kitorang kumpul. Lepas dah tutup majlis, abg Sudin pon panggilah aq n hairi sekijap… ungkapannya kat kitorang (kalu tak silap la, ini pon mengikut pendengaran telinga yang dah agak penuh diisi dengan nyahtinja) :-

“Taniah sebab anda telah berjaya memasuki peringkat jatuh pada malam ini”

Taniah? Masa itu memang rase bangga, tapi tetap ada implikasi ayat tersebut, tetapi secare kiasan sahaje.

Maka jatuhlah aku (April 2007)

Lupe pulak nak mention, dalam bulan Mac skolah aq dah berjaya bukak kelas latihan sendiri, sumenye atas usaha ckgu Jas. Jurulatihnye (abg Naim). N bila dah bukak aq pon turun la latihan kat dua2 tempat, HS dan SDBL. Isnin kat malam kat SDBL, Selasa petang kat SDBL malam kat HS, dan Rabu dekat HS. Serius memang gile “censcored” penat, lagi2 hari selasa. Petang habis training dalam kol 7, sampai rumah 7.30, kol 8 pergi skolah balik attend tuisyen. Chow awal (aq mintak kebenaran, ok?) tuisyen dalam 9.30 teros naek moto ngan member aq pergi training kat SDBL. Pastu training la sampai kol 12 dengan tak sempat nak tegok setitik air pon kat rumah. Sampai rumah kol 12.30, solat Isyak pastu tros terbongkang-dan-terkangkang-naseb-baek-bukan-dalam-longkang-tapi-atas-katil sebab exhausted tahap dahsyat. Bende ni aq troskan dalam 1 bulan, tapi terhenti disebabkan something.

Senang citer kalu tak ada ketabahan hati dan tak dapat petunjuk dari Maha Pencipta, aq memang tak kekal dalam silat n dunia ni. Kenapa? Sebenarnye aq pernah bermakan hati sangat2 dengan kata2 seseorang dalam silat ini. Memang very straight to the pointy-point (nak tunjuk ketajaman point tersebot), tambah plak dengan krisis kehidupan aku dan krisis aq dengan family, aq pon merajok berhenti belajar silat. Apa yang aq dapat setelah aq mula2 masuk peringkat jatuh? Jatuhlah keinginan aq untuk teroskan kehidupan, senang citer sume bende dalam dunia ni aq dah give up la. Kalau tak fikirkan balasan Allah S.W.T ke atas orang yang bunuh diri memang dah lama aq commit suicide, dan bende ni memang betol2 aq pernah fikirkan berkali2, lagi2 bila aq tengok pergelangan tangan aq time mandi. Sedapnye klu dapat kelar… tu lah yang selalu terlintas kat mind aq. Tapi alhamdulillah setelah 3 bulan aq dapat cari sedikit peace dengan bimbingan Tuhan.

Bukan kuih saje yang boleh bangkit (Jun 2007)

Naek je cuti pertengahan tahun dalam bulan 6, aq pon terserempak lah dengan kawan silat aq, Hafizan. Cukuplah dengan ayat dia, "Turun la, petang ni ada ujian sebelum masuk peringkat jatuh.” Maka dengan perbualan sekejap di kantin sekolah petang tu aq teros turun untuk ambil ujian. Dan ini salah sebab aq tetap mengajak korang untuk turun latihan walaupun dah lama korang ‘bercuti’, sebab aq pon pernah merajok tetapi cukup dengan sekali ajakan dari seorang kawan maka aq kembali. Memang aq akui, kita perlukan masa untuk memperbetulkan pemikiran kita. Istilah yang orang selalu gunekan, “berikan sedikit masa”.

Setelah 3 bulan tak practice apa2 maka aq pon memberanikan diri muncul kembali ke tapak latihan. Ayat pertama dari abg Naim masa aq salam dia, “Lama tak jumpe?”. Dengan tidak mengkesahkan apa2, maka aq pon berlatih dengan tak sampai 1 jam untuk mengingatkan 20 buah yang aq dah belaja dulu di tepi dewan. Alhamdulillah, aq lulus ujian hari tu dengan 83 markah. Markah paling tinggi dari kawan aq Azrin Ghani, 96 kot! Power syot, respek giler kat die. Antare buah2 yang aq ditestkan, copy paste dengan sikit pengubahsuaian dari diari cekak aq;

  • Kuntau Jatuh (tester yang menyerang telah mengeraskan penumbuk menyebabkan aku tidak dapat mengambil kaedah B dengan sempurna dan pantas)
  • Kilas Belakang (aku dengan tidak sengaja tanpa menyedari telah mengambil Jatuh Kilas Belakang akibat perasaan geram tidak dapat mengambil Kuntau Jatuh dengan sempurna sebelum ini. Tester merupakan orang yang sama dengan buah Kuntau Jatuh)
  • Kuntau Kanan Gantung
  • Buah Hentak dan Keputusan Gayong Patani - *Jika tidak silap*

Dan test ni memang stail SRP, sorang2 masuk dalam dewan dan akan ditest oleh 4 orang tester. Cuak gak tapi memang pengalaman beharga. Korang boleh la dengar aq membebel kalau nak dengar perbezaan antare test yang aq amek ni dengan test yang baru dak2 jatuh amek bulan lepas.

So dengan peristiwa merajuk aq tinggalkan dekat belakang harap2 dengan selama2 nye, alhamdulillah aq masih kekal dalam silat cekak sehingga sekarang. Dari sinilah aq berubah menjadi penerima cemuhan dan apa2 yang menyakitkan hati secare selambe, asalkan ia betul. Berguna rupenye ape yang aq lalui dulu untuk aq aplikasikan dalam hidup aq sekarang. Tapi ramai salah sangka aq ni takde sifat kemanusiaan (walaupun korang cakap takde perasaan, tapi maksudnye merujuk kepada kemanusiaan. Ayat aq, sukati aq lah aq nak terjemahkan macam mane ape yang korang fikirkan), maka korang silap di situ.

So sepanjang tahun 2007 tu aq adelah melalui beberapa perkara menarik, salah satunye demo first aq (31 Ogos 2007) sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dekat SDBL, penonton wajadiri nasional dekat MMU Melaka dan beberape kali ikut majlis ijazah dak2 baru. Pastu time puase dapat jemputan buat demo dengan UTHM sempena dengan pembukaan 72 Jam BP Mall, tu jugak salah satu experience yang sangat2 beharge. Videonye baru aq upload kat fb, smart gile wa cakap lu so tengok jangan tak tengok.

So dah dekat kol 5.30, aq pon meminta keizinan untuk berbenti menulis setakat ini sahaje untuk kali ni. Ade mase nanti aq ceritakan pulak pasal perkare2 lain yang sangat menarik bagi aq dan boleh korang fikir2 kan sebab-musabab aq menulis tentangnye untuk memeningkan kepale korang yang memang dah pening bace (tu pon kalau bace) post panjang2 tanpa ade sebarang gambar yang tidak berkaitan.

Until next time, salam…

No comments: