Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

09 March 2010

Taniah

In 3 characters 

Yang tidak sanggup menerima dan buta melihat, maka cukuplah setakat ini sahaja.

Terima kasih dan taniah kepada mereka yang telah hampir berjaya dalam menghancurkan apa yang dahulu berdiri teguh, dan segerak searah senafas sa-udara selama ini. InsyaAllah dengan usaha kamu kami akan bertambah teguh berdiri seiring dengan kebenaran. Ingatlah Allah S.W.T akan sentiasa berada dengan mereka yang benar dan tidak akan menolong mereka yang tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri.

Mereka yang memikirkan bahawa segala-gala yang dilakukan, yang diucapkan selama ini hanya kosong maka sampai situ sahajalah mesej yang akan kamu terima. Mereka yang memikirkan sebab dan akibat berlakunya sesuatu, maka dengan izin Tuhan Ya Rabbi kamu akan melihat dari bawah ke atas, bukannya dari atas sahaja. Dengan usaha kamu melihat dari bawah juga boleh memberikan gambaran apa yang berada di atas.

Ingatkanlah kembali siapa Tuhan-mu. Ingatkanlah kembali siapa guru mu. Ingatkanlah kembali siapa ibu bapa mu. Ingatkanlah kembali siapa saudara mu. Ingatkanlah kembali apa yang kamu warisi dari mereka yang sebelum dari mu. Betulkanlah kembali niat mu. Luruskanlah kembali pegangan mu. Kenal pasti apakah tujuan mu. Adakah ianya masih sama dari awal, tidak berubah? Ataupun menyimpang di hujung jalan? Maka kamu amatlah rugi, kerana tersesat di penghujung. Ataupun memang kamu menyesatkan diri kamu sendiri dari permulaan? Maka kamu amatlah rugi, kerana niat kamu yang tidak betul. Ingatlah, ibadah kepada Allah S.W.T bermula dengan niat.

Terimalah kebenaran dengan seluruhnya, bukan menerima sebahagiannya sahaja. Mereka yang tidak mahukan kebenaran maka kebenaran itu akan menyakitkan mereka. Terimalah kebenaran dengan seadanya, bukannya demi mengenangkan nasib. Bukannya demi ber’kalau dan jika’, tetapi demi jawapan ke atas persoalan. Terimalah kebenaran sejujurnya, bukannya demi menjaga hati. Kerana itu bukannya menerima, mustahil lagi wujudnya kejujuran.

Fikirkanlah kembali. Mengapa ianya dikatakan, mengapa ianya diucapkan, mengapa ianya ditertawakan? Pastikah kamu semua pasti ianya sekadar kosong tidak berisi? Hendaklah kamu melihat ianya secara dalaman. Lihatlah isi, bukannya kulit sahaja. Mereka yang berajakan nafsu ammarah, percayalah kamu tidak akan memahami, kerana kamu telah menutupi kebenaran demi menegakan kepalsuan bagi memuaskan hati kamu.

Cubalah memahami, walaupun di tengah jalan. Tidak ada ruginya, malah bertambah pendapatannya. Ingatlah, lebih banyak kamu tahu maka bertambahlah apa yang tidak kamu ketahui.

Kerana apa? Kerana aku sudah merasai. Ianya pahit, dan pada mulanya aku ludah keluar. Namun untuk kali kedua aku telan kembali, demi mendapatkan kebenaran yang hakiki. Dan dengan usaha menelan kepahitan, maka aku masih kekal di sini. Runtuhkanlah, akan aku cuba sedaya upaya membangunkannya kembali. Tetapi, tidaklah guna usaha aku jika penghuninya tidak mahu melihat ianya kembali tesergam indah. Lebih-lebih lagi jika penghuninya sendiri yang berusaha merobohkannya. Maka kamu harus aku buang, demi meneruskan amanat yang diberi. Jika kamu tinggalkan aku sendirian, maka aku akan terus berusaha mencari, demi ilmu yang tidak ternilai harganya. Bukanlah harga dan nama yang aku kejar, tetapi aku mencuba mengajak kamu kepada kebenaran. Dan ramai yang karam akibat teguran yang menembusi perahu-perahu seolah-olah kertas yang kamu gunakan dalam pembinaan perahu tersebut.

Apakah ini? Kamu mengajak yang lain hanyut bersama perahu yang kamu naiki? Kerana seorang sahaja maka kamu sanggup menjatuhkan yang lain bersama? Seolah-olah si Kitul, perosak bangsa. Aku bukanlah sempurna, dan itu sangat berkali-kali aku akui. Kelemahan diri ini adalah menyampaikan kebenaran terus kepada kamu, namun kamu salurkan kutukan kamu kepada yang lain. Kebenaran itu kadang-kala manis, namun lebih banyak pahitnya. Maka selalu aku mengingatkan, katakanlah kebenaran kepada aku, kerana aku tiada hak memarahi kamu jika memang kebenaran itu hak aku menerimanya. Tetapi kamu tidak mahu mengerti, maka terbodohlah aku sendiri mengharapkan kamu memahami apa yang berada di dalam kiasan. Semuanya perkara yang terbuku di hati. Sayang sekali sangat sedikit yang mengerti. Hebat pula mereka yang cepat berubah hati.

Alhamdulillah, masih ada yang memahami. Biarlah walaupun sedikit, namun aku sangat menghargai kamu. Maka itu hendaklah aku luahkan disini. Tidak bercakap tidak bermakna tidak menghargai jasa dan sokongan kamu. Ketahuilah tanpa kamu juga, tidak mungkin aku terus hidup di SINI. Aku juga terus berdoa agar kamu juga terus kekal selamanya di SINI. Janganlah kamu berpatah arah, kerana aku sangat memerlukan bantuan dan pertolongan kamu. Oleh itu selalu aku berdoa kepada-Mu, ya Allah. Satukanlah hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar, dan bukan jalan orang-orang yang telah Engkau sesatkan sebelum kami. Hancurkanlah mereka yang cuba menghancurkan kami. Tegakkanlah kebenaran, kerana aku mempercayai bahawa diri-Mu bersama-sama dengan kebenaran. Amin ya Rabba al-Amin.

Taniah kepada mereka yang berjaya sampai ke hujung penulisan ini, aku doakan yang terbaik untuk kamu. Assalam.

No comments: