Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

19 March 2010

Makan kata-kata sendiri

In 3 characters 

Masenya tiba sekali lagi, update posting pasal tajuk yang korang takkan membuang masa untuk cuba fahami. Kalau faham tu fahamlah, kalau tak faham tu takyah lah buat-buat faham. Tak perlu susah-susah belagak pandai. Buang masa je. Baik korang tido pastu esoknye cube lagi untuk memahami. Camtu lagi banyak buang mase, tapi hasilnya ada.

Okeh, time untuk menerangkan apa sebenarnya aq cuba sampaikan melalui tajuk yang tertera. Seperti biase, aq suka menulis tentang pandangan atau pengalaman aq mengenai sesuatu perkara. Tajuk ni berkait dengan salah satu prinsip aq menjalankan kehidupan seharian. Makan kata-kata sendiri @ cakap serupa bikin @ walk the talk @ brapebanyaklagibendeyangkorangnakaqsamekan?.

Orang-orang lame bekata, biarlah apa yang diluahkan sama dengan apa yang dilakukan; samelah bila kita berjanji. Ingat, sesuatu keputusan lebih2 lagi yang melibatkan orang lain, dengan hanya kite seorang sahaje keputusan itu boleh berubah. Hanye kerana kita maka sesuatu itu boleh menjadi atau ‘menjadi’. Kita ambil mudah, impaknye kite tak tahu. Tangan yang kecil pon boleh menggoncang dunia. Fikir2kanlah akibat sesuate kata2. Kerana mulut badan binasa. Maka adalah yang di’sound’ padan muka kedua-duanya sekali.

Memakan kata-kata sendiri ni aq senantiase cube amalkan, walaupun kadang2 tak teramal kerana terlupa, bukannya sengaja melupakan. Apabile kita bercakap mengenai sesuatu perkara dan menyuruh orang mengikutnya, maka seelok2nya hendaklah kita wat dulu sebelum menyuruh. Paling tak pon kita buat sejurus selepas kite menyarankan. Maka itu lebih baik, sekurang-kurangnye kite sedar tentang ape yang kite ungkapkan. Bagi diri aq, kalau ape yang aq cakap bertentangan dengan ape yang aq buat, maka aq akan rase tak selese yang amat sangat. Macam orang tak mandi sebulan rasenye, ade je yang tak kene. Sebab nak menghilangkn ke tak senangan make aq makan @ telan apa yang aq cakap tapi tak melakukan sebelum ni. Penawar paling mujarab. Tak yah susah2 berubat dengan pak arab. Dan masalah tak berdarab2.

Tapi sayangnye tak ramai suke lakukannya. Bercakap @ berjanji lain dari apa yang dia buat. Aq pon kadang2 terlanggar janji, tapi sebab jujur terlupe. Tapi aq cuba tebus dengan usahe tunaikan janji selepas ditegur. Jadi aq pon kurang kesah kalau aq mintak tolong kat korang tapi korang terlupe, sebab kite ni manusia. Tapi yang buat2 lupe tu, memang rase nak bagi penampar lajulajusampaipokoksena. Bagi aq korang memang cube menyusahkan dengan sengaje.

Berhati-hatilah dengan ape yang kite kate dan janjikan. Jika kite tahu memang tak tertanggung, maka janganlah berkate-kate. Tapi apa nak buat kepada yang tak paham bahase, nak jugak bersuara. Bukan positif tapi lebih kepada mengata. Kita tengok pon sangat hampa. Manusie yang tak reti nak jadi berguna. Tujuan asal dah beralih arah, selekoh tajam ke kepentingan diri. Ataupun memang dari dulu dah tersalah landasan? Tersalah keretapi? Hanya Allah S.W.T lebih tahu niat diri. Kita hanye doakan yang terbaik untuk mereka yang ini.

Makanlah sekedar yang sederhana. Macam mane? Bercakaplah mengikut kemampuan diri. Akuilah ape yang tersilap. Maka kita akan menyedari. Ilmu dan kesedaran lebih tinggi harganye berbanding ego diri. Masalah bile ego yang melampaui. Maka hidup berajakan nafsu. Semuanye jadi betul asalkn mengikut tafsiran sendiri. Ingat, anda sudah diberi amaran. Bukan sekadar di sini, tapi terus dari Ya Rabbi.

Posting kali ini bukanlah ape, cume saling mengingati. Sebab ade melihat beberape yang tak berkenan di hati. Sampai2kanlah kalau anda mengerti kepada yang menganggap perkare ini tak beerti. Eloklah berhenti setakat ini. Simpan untuk lain kali.

Goodbye, salam.

No comments: