Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

29 March 2010

10 cents

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Direct translation : 10 sen.
Translation yang tak brape direct : TENSEN YANG TERAMAT SANGAT!!!!!

AARRRRggghhhh..... hm. nak menjerit pon malas. Bukan hape, tensen giler ngan wifi uitm nih. line ade tapi tak ley connect. Ape cer. Baek tak yah ade connection lansung. Da seminggu da xdapat connect. Ni pon aq tepakse membazirkan duit gi CC bawah kolej jap. 30 minit je oi. So post ni tak panjang, sampai sini je. Sebenarnye just nak inform kenapa aq akan selalu tak update dua2 blog. So tertunailah tanggungjawab @ tonggengnakmenjawab kenapa sunyi sepi je beberapa minggu ni di dunia siber.

Ar-di-os. Salam.

21 March 2010

Quad Posting

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Haha, tak pernah plak aq wat keje camni. 4 posting berlainan kurang dari 12 jam (temasok la post yang ini)

Anyways, just nak promote postings tersebot, sebab blogger wat hal tak nak display post ikot post count dalam settings. Aq setting 7 yang kuar 3 je. Apehal lah plak ni, sblom ni tak camni. Haiya. Ni hah links nyer :

Laporan Perayaan Sedekad Silat Cekak Hanafi UTHM

Laporan Malam Gerak Pahlwan VIII

Notis Majils Ijazah Asas dan Potong

Sori sangat2 sebab lambat update. Kurang kesempatan dengan menguruskan assignment n meeting persatuan hampir setiap malam. Dah la internet wat hal dalam seminggu lepas, susah betol nak update. Sape-sape tau care nak fix bende ni (posting kuar tak ikot dalam settings) tolong roger aq, aq dah agak fed-up ngan problem yang tak patot timbul ni. K, ngantok giler sebab pagi tadi baru kuar masuk hutan (modul part 4, best walaupn tiring). Kalu ade salah ejaan tu paham2 ler………….

Chiow bebeh, salam.

19 March 2010

Makan kata-kata sendiri

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Masenya tiba sekali lagi, update posting pasal tajuk yang korang takkan membuang masa untuk cuba fahami. Kalau faham tu fahamlah, kalau tak faham tu takyah lah buat-buat faham. Tak perlu susah-susah belagak pandai. Buang masa je. Baik korang tido pastu esoknye cube lagi untuk memahami. Camtu lagi banyak buang mase, tapi hasilnya ada.

Okeh, time untuk menerangkan apa sebenarnya aq cuba sampaikan melalui tajuk yang tertera. Seperti biase, aq suka menulis tentang pandangan atau pengalaman aq mengenai sesuatu perkara. Tajuk ni berkait dengan salah satu prinsip aq menjalankan kehidupan seharian. Makan kata-kata sendiri @ cakap serupa bikin @ walk the talk @ brapebanyaklagibendeyangkorangnakaqsamekan?.

Orang-orang lame bekata, biarlah apa yang diluahkan sama dengan apa yang dilakukan; samelah bila kita berjanji. Ingat, sesuatu keputusan lebih2 lagi yang melibatkan orang lain, dengan hanya kite seorang sahaje keputusan itu boleh berubah. Hanye kerana kita maka sesuatu itu boleh menjadi atau ‘menjadi’. Kita ambil mudah, impaknye kite tak tahu. Tangan yang kecil pon boleh menggoncang dunia. Fikir2kanlah akibat sesuate kata2. Kerana mulut badan binasa. Maka adalah yang di’sound’ padan muka kedua-duanya sekali.

Memakan kata-kata sendiri ni aq senantiase cube amalkan, walaupun kadang2 tak teramal kerana terlupa, bukannya sengaja melupakan. Apabile kita bercakap mengenai sesuatu perkara dan menyuruh orang mengikutnya, maka seelok2nya hendaklah kita wat dulu sebelum menyuruh. Paling tak pon kita buat sejurus selepas kite menyarankan. Maka itu lebih baik, sekurang-kurangnye kite sedar tentang ape yang kite ungkapkan. Bagi diri aq, kalau ape yang aq cakap bertentangan dengan ape yang aq buat, maka aq akan rase tak selese yang amat sangat. Macam orang tak mandi sebulan rasenye, ade je yang tak kene. Sebab nak menghilangkn ke tak senangan make aq makan @ telan apa yang aq cakap tapi tak melakukan sebelum ni. Penawar paling mujarab. Tak yah susah2 berubat dengan pak arab. Dan masalah tak berdarab2.

Tapi sayangnye tak ramai suke lakukannya. Bercakap @ berjanji lain dari apa yang dia buat. Aq pon kadang2 terlanggar janji, tapi sebab jujur terlupe. Tapi aq cuba tebus dengan usahe tunaikan janji selepas ditegur. Jadi aq pon kurang kesah kalau aq mintak tolong kat korang tapi korang terlupe, sebab kite ni manusia. Tapi yang buat2 lupe tu, memang rase nak bagi penampar lajulajusampaipokoksena. Bagi aq korang memang cube menyusahkan dengan sengaje.

Berhati-hatilah dengan ape yang kite kate dan janjikan. Jika kite tahu memang tak tertanggung, maka janganlah berkate-kate. Tapi apa nak buat kepada yang tak paham bahase, nak jugak bersuara. Bukan positif tapi lebih kepada mengata. Kita tengok pon sangat hampa. Manusie yang tak reti nak jadi berguna. Tujuan asal dah beralih arah, selekoh tajam ke kepentingan diri. Ataupun memang dari dulu dah tersalah landasan? Tersalah keretapi? Hanya Allah S.W.T lebih tahu niat diri. Kita hanye doakan yang terbaik untuk mereka yang ini.

Makanlah sekedar yang sederhana. Macam mane? Bercakaplah mengikut kemampuan diri. Akuilah ape yang tersilap. Maka kita akan menyedari. Ilmu dan kesedaran lebih tinggi harganye berbanding ego diri. Masalah bile ego yang melampaui. Maka hidup berajakan nafsu. Semuanye jadi betul asalkn mengikut tafsiran sendiri. Ingat, anda sudah diberi amaran. Bukan sekadar di sini, tapi terus dari Ya Rabbi.

Posting kali ini bukanlah ape, cume saling mengingati. Sebab ade melihat beberape yang tak berkenan di hati. Sampai2kanlah kalau anda mengerti kepada yang menganggap perkare ini tak beerti. Eloklah berhenti setakat ini. Simpan untuk lain kali.

Goodbye, salam.

16 March 2010

Tak boleh blah

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Mase utk aq mengarot tak tentu hala jap setlah bebrape posting seblom ni yang agak ‘tajam’. So apelah yang aq cube karut-marutkan kali ni berkenaan tajuk yang korang mungkin agak berkenan membace setelah diperkenankan oleh orang2 @ penghasut2 yang memperkenankannya kepada korang.

Sebab ni blog aq @ hakciptaterpeliharaolehpusatpeliharaandanpemuliharaan, maka aq lebih suke mengupas (bukan kupas kulit buah2an) mengenai perkare2 yang aq rase tak boleh blah tahapnye mengenai @ melalui pandangan aq. Intro nyer agak panjang ckit, padahal isi nyer sikit ajer. So terpulanglah kat korang nak habis bace atau tak (brani korang tak bace habis. sape tak bace… jengok2lah seblah korang ade sape time tido malam ni).

1st impression orang kat aq

Yang boleh blahBiasenye la kan orang akan kate aq ni pendiam (hahaha) atau serius/garang tahap gaban (kahkahkah) kerane ekspresi muka yang tak taw ape itu SENYOM. Jangan salahkan aq (salahkan je la, aq taw korang memang tak puas hati) sebab dulu aq ni memang lansung tak taw berdepan dengan khalayak ramai. Hidup kera sumbang @ kera sumbing, dari kecik memang tak taw nak senyom lansung. Tak caye korang datang la rumah aq tengok gamba aq kechik2 dulu, sumenye sour je, cam sour grape. Aq ingat lagi time aq darjah dua, ade seorang cikgu aq dulu (namenye aq rahsiakan), beliau buat lawak dan ntah angin ape masok badan aq pon tersenyom la; skit je. Ape yang beliau katekan selepas itu boleh disimpulkan seolah2 perbuatan aq tu salah satu keajaiban dunia, first time beliau nampak.

Dah sampai ke besau panjang (bak kate orang Melaka) aq still wat perangai camtu. Bukan saje2 tapi secare otomatis. Tabiat ni mule hilang sikit2 start form 4, dan tak hilang2 lagi sampai sekarang. Tanggapan orang masih same. Haiya. Perubahan separuh jalan saje da. Tapi lantak la ape korang kate, janji aq taw aq sendri camne. Tuhan dan tuan punya badan lebih mengetahui isi hatinya. So aq ignore je la @ aq boleh blah gak ar dengan pandangan korang.

Yang tak boleh blahKita sampai ke isi penting @ kenape aq tulis pasal tajuk ni. Peristiwanye merujuk kepade pandangan seorang ahli @ kawan silat mengenai aq seblom training bermula tadi, semase berbual kosong menanti kedatangan yang lain.

Sampai2 lepas bersalaman aq pon dok la sebelah dier atas kosi @ kerusi @ kurusi. Tanye2 skit dier stadi ape (hr), pastu aq pon menggeledah bag selendang berisi baju aq mencari2 bandage untuk aq balut kaki aq yang ter’injured’ time training minggu lepas (korang pon bersorak ‘YAY!’ dalam hati korang, macam aq tak taw). Geledah punye geledah, “Halamak!” aq berkate, “tertinggal plak cangkuknye dalam loker aq”. Yang si dier pon tengok je la ape yang aq buat time tu. Jumpe plak pin baju atas simen, aq pon teros rembat.

Sedang aq membalut2 kaki yang dah kurang bengkaknye die pon mengajukan soalan kat aq yang membawa maksud lebih kepada kekurangan begini;

Dier : "Awek ko tak marah ke kaki ko injured2 cam gini?”

Aq pon menyembur : “Aq ade plak awek. Mane ade budak yang tahan dengan cakap aq yang maen lepas je”

Setelah bahagian2 yang tak berkenaan disunting, maka sampailah kita ke penghujung penulisan aq. Dier memberikan pandangannye mengenai aq time dier part 1 dulu,

“Dulu time aq part 1, ye la baru2 masuk, aq ingat ko ni PLAYBOY. Ye la, rambut nak stail, pakai cekak. Awek paling kurang mesti 10.”

TAK BOLEH BLAH!!! Berdekah2 aq ketawa. Adoiyai. Ade gak pendapat2 cam gini. Ni kalu aq tanye sorang2 bebudak ni mesti lagi banyak tanggapan mengarot korang kat aq. Sedap gak kalu aq soal siasat sorang2, dapat la taw bende2 misteri tentang aq dari korang.

Sekian setakat ni, salam.

09 March 2010

Taniah

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Yang tidak sanggup menerima dan buta melihat, maka cukuplah setakat ini sahaja.

Terima kasih dan taniah kepada mereka yang telah hampir berjaya dalam menghancurkan apa yang dahulu berdiri teguh, dan segerak searah senafas sa-udara selama ini. InsyaAllah dengan usaha kamu kami akan bertambah teguh berdiri seiring dengan kebenaran. Ingatlah Allah S.W.T akan sentiasa berada dengan mereka yang benar dan tidak akan menolong mereka yang tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri.

Mereka yang memikirkan bahawa segala-gala yang dilakukan, yang diucapkan selama ini hanya kosong maka sampai situ sahajalah mesej yang akan kamu terima. Mereka yang memikirkan sebab dan akibat berlakunya sesuatu, maka dengan izin Tuhan Ya Rabbi kamu akan melihat dari bawah ke atas, bukannya dari atas sahaja. Dengan usaha kamu melihat dari bawah juga boleh memberikan gambaran apa yang berada di atas.

Ingatkanlah kembali siapa Tuhan-mu. Ingatkanlah kembali siapa guru mu. Ingatkanlah kembali siapa ibu bapa mu. Ingatkanlah kembali siapa saudara mu. Ingatkanlah kembali apa yang kamu warisi dari mereka yang sebelum dari mu. Betulkanlah kembali niat mu. Luruskanlah kembali pegangan mu. Kenal pasti apakah tujuan mu. Adakah ianya masih sama dari awal, tidak berubah? Ataupun menyimpang di hujung jalan? Maka kamu amatlah rugi, kerana tersesat di penghujung. Ataupun memang kamu menyesatkan diri kamu sendiri dari permulaan? Maka kamu amatlah rugi, kerana niat kamu yang tidak betul. Ingatlah, ibadah kepada Allah S.W.T bermula dengan niat.

Terimalah kebenaran dengan seluruhnya, bukan menerima sebahagiannya sahaja. Mereka yang tidak mahukan kebenaran maka kebenaran itu akan menyakitkan mereka. Terimalah kebenaran dengan seadanya, bukannya demi mengenangkan nasib. Bukannya demi ber’kalau dan jika’, tetapi demi jawapan ke atas persoalan. Terimalah kebenaran sejujurnya, bukannya demi menjaga hati. Kerana itu bukannya menerima, mustahil lagi wujudnya kejujuran.

Fikirkanlah kembali. Mengapa ianya dikatakan, mengapa ianya diucapkan, mengapa ianya ditertawakan? Pastikah kamu semua pasti ianya sekadar kosong tidak berisi? Hendaklah kamu melihat ianya secara dalaman. Lihatlah isi, bukannya kulit sahaja. Mereka yang berajakan nafsu ammarah, percayalah kamu tidak akan memahami, kerana kamu telah menutupi kebenaran demi menegakan kepalsuan bagi memuaskan hati kamu.

Cubalah memahami, walaupun di tengah jalan. Tidak ada ruginya, malah bertambah pendapatannya. Ingatlah, lebih banyak kamu tahu maka bertambahlah apa yang tidak kamu ketahui.

Kerana apa? Kerana aku sudah merasai. Ianya pahit, dan pada mulanya aku ludah keluar. Namun untuk kali kedua aku telan kembali, demi mendapatkan kebenaran yang hakiki. Dan dengan usaha menelan kepahitan, maka aku masih kekal di sini. Runtuhkanlah, akan aku cuba sedaya upaya membangunkannya kembali. Tetapi, tidaklah guna usaha aku jika penghuninya tidak mahu melihat ianya kembali tesergam indah. Lebih-lebih lagi jika penghuninya sendiri yang berusaha merobohkannya. Maka kamu harus aku buang, demi meneruskan amanat yang diberi. Jika kamu tinggalkan aku sendirian, maka aku akan terus berusaha mencari, demi ilmu yang tidak ternilai harganya. Bukanlah harga dan nama yang aku kejar, tetapi aku mencuba mengajak kamu kepada kebenaran. Dan ramai yang karam akibat teguran yang menembusi perahu-perahu seolah-olah kertas yang kamu gunakan dalam pembinaan perahu tersebut.

Apakah ini? Kamu mengajak yang lain hanyut bersama perahu yang kamu naiki? Kerana seorang sahaja maka kamu sanggup menjatuhkan yang lain bersama? Seolah-olah si Kitul, perosak bangsa. Aku bukanlah sempurna, dan itu sangat berkali-kali aku akui. Kelemahan diri ini adalah menyampaikan kebenaran terus kepada kamu, namun kamu salurkan kutukan kamu kepada yang lain. Kebenaran itu kadang-kala manis, namun lebih banyak pahitnya. Maka selalu aku mengingatkan, katakanlah kebenaran kepada aku, kerana aku tiada hak memarahi kamu jika memang kebenaran itu hak aku menerimanya. Tetapi kamu tidak mahu mengerti, maka terbodohlah aku sendiri mengharapkan kamu memahami apa yang berada di dalam kiasan. Semuanya perkara yang terbuku di hati. Sayang sekali sangat sedikit yang mengerti. Hebat pula mereka yang cepat berubah hati.

Alhamdulillah, masih ada yang memahami. Biarlah walaupun sedikit, namun aku sangat menghargai kamu. Maka itu hendaklah aku luahkan disini. Tidak bercakap tidak bermakna tidak menghargai jasa dan sokongan kamu. Ketahuilah tanpa kamu juga, tidak mungkin aku terus hidup di SINI. Aku juga terus berdoa agar kamu juga terus kekal selamanya di SINI. Janganlah kamu berpatah arah, kerana aku sangat memerlukan bantuan dan pertolongan kamu. Oleh itu selalu aku berdoa kepada-Mu, ya Allah. Satukanlah hati-hati kami. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan benar, dan bukan jalan orang-orang yang telah Engkau sesatkan sebelum kami. Hancurkanlah mereka yang cuba menghancurkan kami. Tegakkanlah kebenaran, kerana aku mempercayai bahawa diri-Mu bersama-sama dengan kebenaran. Amin ya Rabba al-Amin.

Taniah kepada mereka yang berjaya sampai ke hujung penulisan ini, aku doakan yang terbaik untuk kamu. Assalam.

06 March 2010

Hias, kias dan kais

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Time untuk update post berkaitan tajuk yang pasti akan mentelengkan kepala korang. Kita selongkar dan kupas tajuk di atas mengikot konteks dalam penggunaan bahasa dan interaksi sesame orang dari segi pandangan aq :-

Hias

Dalam percakapan bila kita berhias, bermakne kite cube untuk mencantikkan pertuturan kita. Jadi kita hiaslah dengan macam2 perbendaharaan kata yang boleh memberikan kesedapan kepada orang lain mendengarnye. Yang buruk akan cuba kita indahkan, dan seperti biase ade pro dan kontra (bukannye game contra yang tembak2 tu… ala game tv yang korang maen time kecik2 dulu tu).

Yang baik : kite tutup aib orang, memuji2 keagungan Maha Pencipta dan berberapa lagi.

Yang buruk : kite menipu dengan tidak berkata benar, hanye semate2 menjaga hati orang. Ade situasi yang memang kite menjage hati orang; cth ibu bapa; tapi yang tak sedapnye depan cakap lain blakang cakap lain! Cakap ini buat itu! Bak kate seorang yang aq kenali, kasi potong bagi anjing je la… tak gentleman lansung bile kite bermuke2 nih. Jika korang perhati dengan yang ape yang slalu aq suarakan, ‘kalau ade yang kurang menyenangkan maka suarakanlah teros’. Tak perlu berhias2. Kenape? Satu; buang mase. Dua; aq tak tahu korang ade problem. So, camne nak tolong dan membaik pulih?

Kias

Sangat berkait rapat dengan penghiasan bahase. Oh, sungguh indahnye jika kite memahami makna di sebalik susunan-susunan kiasan tersebot. Penggunaan kias dalam pertuturan sangat bahaya, resultnye hanye ade dua. Tahukah korang bahawe ianye boleh menjadi sindiran; tengok jugak gaye kite berbahase. Kalau niatnye menjatuhkan, make berapilah mereka yang terlibat. Jika betol penggunaan dan carenye, maka mereka malu2 sendiri. Harapnye ade muhasabah diri, termasuk diri ni sendiri. Tapi tak berminat berbincang tentang sindiran, kite bincang mengenai kiasan.

Dah jadi perkare favourite aq, sebab pengaruh dari dua orang berbeza. Satu yang dikenali secare dekat, satu lagi yang dikenali secare jauh. Macam mane pon, bende ni tetap ade pro dan kontra :-

Yang baik : Makne lainnye, cakap bertapis. Bende ni jugak menggalakkan kite berfikir, dan itu yang aq suka. Teguran dilakukan secare halus. Boleh dapat secare direct/personal, atau kadang2 seseorang itu menyampaikan melalui orang lain; biasenye dengan perkare yang lansung tidak berkait. Tapi kedua-dua ini jika kite faham, maka fahamlah. Jadi kite cubalah ubah, jangan wat bodo atau belagak cam kite je yang bagus. Baru2 ni aq agak ‘terkena’, tak pasti memang itu tujuannye atau tidak, tapi camne pon aq tetap faham. Senang citer melalui konsep ambil tahu @ ambil kesah. Konsep ambil kesah tentang perkare yang sepatutnye, lagi2 jika kite belum sampai masa dan tahapnye. Camne aq terkena? Haha, dalam perkare yang aq masih kurang dan daif lagi; adab berguru. Jujur cakap, tak patot aq tanye. Sebenarnye dah tahu, cume ngade2 hari tu nak kepastian. Dan jawapannye tetap same. Hambek ko terkena. Padan muka.

Yang buruk : Orang yang tak berfikir, maka diorang trimalah sebulat2nye. Ade gak yang tertikam teros. Habis injured mati selama2nye. Maka kite tengoklah siapelah yang terkena. Maklumat yang ingin disampaikan tak dapat diproses, terlekat di tahi telinga. Diorang ni pekak agaknye, tak paham bahase. Ataupun memang mengade2? Nak tahu jugak puncanye. Ade jugak yang anggap kite bergurau, maka matilah maklumat disitu. Sume nye jadi remeh-temeh, takde isi.

Kais

Ataupun dalam bahase kolonial, defend (aq tak taw la tepat tak tepat, tapi aq memaksudkan kedue2nye sekali). Bende ni dalam gaya aq berkait rapat dengan kiasan, kerane aq selalu membalas soalan dengan jawapan secare berkias. Kais aq bukan secare sekaligus, tapi one-by-one. Korang bertanye, aq menjawab; secare satu-persatu. Sangat bergune memisahkan masalah dalam persoalan yang ditimbulkan. Dapat menjawab secare sistematik. Kadang2 aq gunekan ape yang korang cakap kat aq ke atas diri korang sendiri. Bile tak tertahan akan ketangkisan kaisan, maka ia jadi serangan. Serangan secare halus. Menusuk kalbu. Bukan menunjuk lagak, tapi itulah kesannya. Tetapi korang berhati-hatilah dengan orang yang menjawab secare berkias; kadang2 diorang memutarbelitkan kebenaran bagi kepentingan sendiri, tapi alhamdulillah aq tak macam tu. Cume ade orang tak puas hati, die salahkan kite menyuruh die membuat sesuatu yang burok. Adus, lagi parah. Takpe, janji kite tahu niat sendiri.

------------------------------------------------

Jadi, itulah sedikit (tak banyak) pandangan dan care aq mengaplikasikan tajuk posting dalam interaksi dan pertuturan seharian aq. Setuju tak setuju, maka lantak korang lah. Boleh je korang ‘suarakan’ komen korang kat blog ni atau kat fb. Mane2 pon aq tak kesah.

Seblom bepisah, ni aq terperah-santan satu kajian dr fadilah kamsah mengenai sifat dan peribadi manusia mengikut bulan kelahiran. Tak pasal2 kluar plak application tu tadi kt fb dan aq layan, so resultnye aq letak kat sini. Komen aq dalam italic.

Chiow, salam.

Kajian tentang sifat dan peribadi manusia mengikut bulan kelahiran

  • Sangat seronok didamping – tidak sama sekali
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki – kemungkinan
  • Agak pendiam kecuali diransang – dahulu, tapi tak setuju part yg blakang tuh
  • Ada harga dan maruah diri - semestinya
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan – benar dan mungkin benar/tidak
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus – pasti? owh hohoho…
  • Sangat menjaga hati orang lain – mencuba, tapi sentiasa tak jadi
  • Sangat peramah - hahahahaha
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya – tidak dan TIDAK
  • Berjiwa sentimental – selalu mengenang yang lalu, so betol gak la
  • Jarang berdendam – jarang, tapi kalau dah… siap ar korang
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan – bak kate omputih, “i forgive, but i don’t forget”
  • Tidak suka benda remeh-temeh – pastikah sumenye remeh-temeh? kajilah di situ…
  • Membimbing cara fizikal dan mental – physically? yes. mentally? you wish.
  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang – sekali lagi, hahahaha
  • Layanan yang serupa dengan semua orang – dua kategori special yang dapat layanan ‘istimewa’, gedik dan hipokrit
  • Tinggi daya simpati – jika tidak menagih dan meminta-minta
  • Pemerhatian yang tajam – jadi berhati-hatilah dengan pandangan yang diberi
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian – pekerjaan sepenuh masa
  • Mudah dan rajin belajar – tengok subjek, kalau logik maka rajinlah. kalau hisab, maka kuranglah
  • Suka muhasabah diri - insyaAllah
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama – tepat sekali
  • Suka mendiamkan diri – tengok situasi
  • Suka duduk di rumah – anak jantan yang tak sosial
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan - yezzaaaa
  • Tak agresif kecuali terpaksa – jika diminta, kita memberi
  • Lemah dari segi kesihatan perut – selalu lapar, so agak betol lah
  • Mudah gemuk kawal tak kawal diet – penipuan yang terbesar
  • Minta disayangi – untuk kali ketiga, hahahahaha
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih - untuk kali keempat, hahahahaha
  • Terlalu mengambil berat – maksudnye selalu menimbang berat atas dacing
  • Rajin dalam membuat kerja – sama macam yang kat atas tadi, tengok subjek

04 March 2010

Turning point… atau titik perubahan

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Bahagian 2nd – Sejarah aku dalam Silat Cekak

Aq sudah tidak tahu kerna apa, tapi aq selalu update post time yang pelik2.. Tak caye? Tengok je la time kat bawah post ni. Mood aq datang tiba2 setelah berjaga selama 19 jam straight. So anyways, aq sambung lah sikit pasal apa yang aq tulis sebelum ini. Kali ni takde gamba, tak taw nak letak ape.

Masih bersambung (Februari 2007)

Aq menyambung kembali ape yang aq telah tinggalkan semenjak raya 2006, maka bermula lah sekali lagi latihan aq di high school (HS) pada bulan februari 2007. Biasa la tu, dah dekat 5 bulan tak practice, memang tak ingat ape pon mase first day sambung training. Terbodo la tengok member2 lain buat buah, yang aq zero habis. Tu lah padahnye bile tak wat shadow seperti yang disuruh jurulatih, jangan la korang pandang rendah tentang training sorang2 tanpa partner. Banyak gune nyer. So training punye training, aq pon habislah dapat silibus buah asas pada bulan 4. Masa time last aq dapat 4 skali buah, memang ari tu rase giler-tak-tertanggung-dek-badan-dan-otak-untuk-menghafalnye-sedangkan-no-ic-yang-tak-brape-panjang-pon-kadang2-terlupe. Penat memang penat, habis training cam biase kitorang kumpul. Lepas dah tutup majlis, abg Sudin pon panggilah aq n hairi sekijap… ungkapannya kat kitorang (kalu tak silap la, ini pon mengikut pendengaran telinga yang dah agak penuh diisi dengan nyahtinja) :-

“Taniah sebab anda telah berjaya memasuki peringkat jatuh pada malam ini”

Taniah? Masa itu memang rase bangga, tapi tetap ada implikasi ayat tersebut, tetapi secare kiasan sahaje.

Maka jatuhlah aku (April 2007)

Lupe pulak nak mention, dalam bulan Mac skolah aq dah berjaya bukak kelas latihan sendiri, sumenye atas usaha ckgu Jas. Jurulatihnye (abg Naim). N bila dah bukak aq pon turun la latihan kat dua2 tempat, HS dan SDBL. Isnin kat malam kat SDBL, Selasa petang kat SDBL malam kat HS, dan Rabu dekat HS. Serius memang gile “censcored” penat, lagi2 hari selasa. Petang habis training dalam kol 7, sampai rumah 7.30, kol 8 pergi skolah balik attend tuisyen. Chow awal (aq mintak kebenaran, ok?) tuisyen dalam 9.30 teros naek moto ngan member aq pergi training kat SDBL. Pastu training la sampai kol 12 dengan tak sempat nak tegok setitik air pon kat rumah. Sampai rumah kol 12.30, solat Isyak pastu tros terbongkang-dan-terkangkang-naseb-baek-bukan-dalam-longkang-tapi-atas-katil sebab exhausted tahap dahsyat. Bende ni aq troskan dalam 1 bulan, tapi terhenti disebabkan something.

Senang citer kalu tak ada ketabahan hati dan tak dapat petunjuk dari Maha Pencipta, aq memang tak kekal dalam silat n dunia ni. Kenapa? Sebenarnye aq pernah bermakan hati sangat2 dengan kata2 seseorang dalam silat ini. Memang very straight to the pointy-point (nak tunjuk ketajaman point tersebot), tambah plak dengan krisis kehidupan aku dan krisis aq dengan family, aq pon merajok berhenti belajar silat. Apa yang aq dapat setelah aq mula2 masuk peringkat jatuh? Jatuhlah keinginan aq untuk teroskan kehidupan, senang citer sume bende dalam dunia ni aq dah give up la. Kalau tak fikirkan balasan Allah S.W.T ke atas orang yang bunuh diri memang dah lama aq commit suicide, dan bende ni memang betol2 aq pernah fikirkan berkali2, lagi2 bila aq tengok pergelangan tangan aq time mandi. Sedapnye klu dapat kelar… tu lah yang selalu terlintas kat mind aq. Tapi alhamdulillah setelah 3 bulan aq dapat cari sedikit peace dengan bimbingan Tuhan.

Bukan kuih saje yang boleh bangkit (Jun 2007)

Naek je cuti pertengahan tahun dalam bulan 6, aq pon terserempak lah dengan kawan silat aq, Hafizan. Cukuplah dengan ayat dia, "Turun la, petang ni ada ujian sebelum masuk peringkat jatuh.” Maka dengan perbualan sekejap di kantin sekolah petang tu aq teros turun untuk ambil ujian. Dan ini salah sebab aq tetap mengajak korang untuk turun latihan walaupun dah lama korang ‘bercuti’, sebab aq pon pernah merajok tetapi cukup dengan sekali ajakan dari seorang kawan maka aq kembali. Memang aq akui, kita perlukan masa untuk memperbetulkan pemikiran kita. Istilah yang orang selalu gunekan, “berikan sedikit masa”.

Setelah 3 bulan tak practice apa2 maka aq pon memberanikan diri muncul kembali ke tapak latihan. Ayat pertama dari abg Naim masa aq salam dia, “Lama tak jumpe?”. Dengan tidak mengkesahkan apa2, maka aq pon berlatih dengan tak sampai 1 jam untuk mengingatkan 20 buah yang aq dah belaja dulu di tepi dewan. Alhamdulillah, aq lulus ujian hari tu dengan 83 markah. Markah paling tinggi dari kawan aq Azrin Ghani, 96 kot! Power syot, respek giler kat die. Antare buah2 yang aq ditestkan, copy paste dengan sikit pengubahsuaian dari diari cekak aq;

  • Kuntau Jatuh (tester yang menyerang telah mengeraskan penumbuk menyebabkan aku tidak dapat mengambil kaedah B dengan sempurna dan pantas)
  • Kilas Belakang (aku dengan tidak sengaja tanpa menyedari telah mengambil Jatuh Kilas Belakang akibat perasaan geram tidak dapat mengambil Kuntau Jatuh dengan sempurna sebelum ini. Tester merupakan orang yang sama dengan buah Kuntau Jatuh)
  • Kuntau Kanan Gantung
  • Buah Hentak dan Keputusan Gayong Patani - *Jika tidak silap*

Dan test ni memang stail SRP, sorang2 masuk dalam dewan dan akan ditest oleh 4 orang tester. Cuak gak tapi memang pengalaman beharga. Korang boleh la dengar aq membebel kalau nak dengar perbezaan antare test yang aq amek ni dengan test yang baru dak2 jatuh amek bulan lepas.

So dengan peristiwa merajuk aq tinggalkan dekat belakang harap2 dengan selama2 nye, alhamdulillah aq masih kekal dalam silat cekak sehingga sekarang. Dari sinilah aq berubah menjadi penerima cemuhan dan apa2 yang menyakitkan hati secare selambe, asalkan ia betul. Berguna rupenye ape yang aq lalui dulu untuk aq aplikasikan dalam hidup aq sekarang. Tapi ramai salah sangka aq ni takde sifat kemanusiaan (walaupun korang cakap takde perasaan, tapi maksudnye merujuk kepada kemanusiaan. Ayat aq, sukati aq lah aq nak terjemahkan macam mane ape yang korang fikirkan), maka korang silap di situ.

So sepanjang tahun 2007 tu aq adelah melalui beberapa perkara menarik, salah satunye demo first aq (31 Ogos 2007) sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dekat SDBL, penonton wajadiri nasional dekat MMU Melaka dan beberape kali ikut majlis ijazah dak2 baru. Pastu time puase dapat jemputan buat demo dengan UTHM sempena dengan pembukaan 72 Jam BP Mall, tu jugak salah satu experience yang sangat2 beharge. Videonye baru aq upload kat fb, smart gile wa cakap lu so tengok jangan tak tengok.

So dah dekat kol 5.30, aq pon meminta keizinan untuk berbenti menulis setakat ini sahaje untuk kali ni. Ade mase nanti aq ceritakan pulak pasal perkare2 lain yang sangat menarik bagi aq dan boleh korang fikir2 kan sebab-musabab aq menulis tentangnye untuk memeningkan kepale korang yang memang dah pening bace (tu pon kalau bace) post panjang2 tanpa ade sebarang gambar yang tidak berkaitan.

Until next time, salam…

01 March 2010

Orang kecil lagi mentah dalam silat

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Bahagian 1st – Sejarah aku dalam Silat Cekak

Member silat yang ijazah skali time aq tamatTengah dengar apa yang Abg Mad (Guru Utama Silat Cekak) bicarakan

1  March 2010, maka dengan tarikh ini cukuplah baru setahun aq diijazah-tamatkan dalam Silat Cekak Ustaz Hanafi.

Sahaja2 tak dapat tido, teringat pulak tentang tarikh yang membawa makan… ops, makna besar dalam hidup aq. Apekah yang telah aq accomplish dalam hidup aq semenjak aq join silat ni? Slalu gak aq tertanye2, ape manfaat yang aq dapat untuk diri aq? Ape manfaat yang aq bawak untuk orang lain? Tapi itu sume untuk masa yang lain, sekarang aq just nak kongsi citer camne lah aq ley terjebak dalam silat ni dan camne aq ley kekal sampai sekarang. Dan aq pasti takde sorang pon akan kesah pasal mende yang akan aq citerkan, melainkan korang sume dah dihasut untuk membace nye. Aq ley konfem la, pasti takde orang peduli tapi aq tetap nak tulis gak sebagai catatan sejarah…

Fated day, ijazah asas (21 Julai 2006)

Tarikh keramat 21 Julai 2006 hari Jumaat sewaktu dalam lab bio sdbl (dulu form 4 klas aq memang dalam lab bio aje, takde klas lain yang kosong untuk kitorang sekelas merempat), cikgu mat mod aq Pn Jasimah Rahim (mase itu ‘miss’ lagi… jangan pikir lain, mase tu die dah tunang) dengan secare tiba2 nyer meng’announce’kan sesuatu mase klas terakhir untuk hari tu habis and semorang sudah hampir blah mengkosongkan klas.

“Apekah announcementnye?” korang mungkin bertanye (ngada2 je, tak kan tak boleh agak kalau dah bace tajuk posting ni). Bunyinyer tak lebih tak kurang tak tepat begini lar :-

Ckgu Jas(isimah) : Ade sape2 lagi yang nak masuk silat? Bagi nama kat ckgu, hari ni last.

Aq : (dengan pantas antena telinga aq menerima reception, lalu mulut pon membalas) : Silat, silat ape cikgu? Tak tahu apape pon.

So dengan selambe pon aq pergi ke depan (aq dok paling blakang skali) and terus tanye dengan lebih lanjut pasal silat nih. Aq pon tak tahu kenape tak pasal2 aq nak tanye, padahal sebelum ni tak pernah join apape silat pon. Dulu nak masuk taekwando, termiss plak hari pendaftaran so kensel… time form 2 dlu ade silat gak kat skolah aq, rase2nye silat gayung. Nak join form 3 dah tak dengar citer dah ade ke tak orang mengajar. Last2 lame tebiar hajat tu aq pon teros lupe.

So anyway back to the future, ckgu Jas pon citer la sikit pasal malam tu jugak ade majlis untuk kemasukan ahli2 yang baru nak join silat ni. Kalau aq tak silap yang ckgu aq mention hanye pasal bawak duit rm40 hengget, pakai baju melayu lengkap n tunggu depan gate skolah kol 8 malam. Citer pasal silat ni langsung dier tak cakap, nama silat pon aq tak dibagitaw. Aq tak tahu angin ape yang dah masuk badan aq, dengan tak semena2 aq pon bagi name kat ckgu tersebut.

Conclusion nyer? Malam tu aq datang skolah, tumpang kete ckgu aq and tros grak ke rumah persatuan yang berada kat parit raja. Dak2 klas aq yang bagi nama ramai, last2 aq berdua dengan membe aq klas lain yang datang ijazah malam tu, n namenye Hairi. So bermulalah kisah camne aq ley termasok tak pasal2 dalam silat ni. Plain, simple, takde yang memakse. Balik tido atas kain putih 3 hari beturut2, minggu depannya terus datang training.

First day datang latihan (25 Julai 2006)

Padang hs yang aq jumpe kat wikipedia

Sebabkan peristiwa ni lah aq slalu tegelak sorang2 pasal budak2 baru sekarang. Bila tanye sebab korang tak nak datang latihan korang selalu sangat jawab ‘takde member, tak best’. Tahukah korang dulu aq training tumpang kat skolah orang? Atau lebih tepat lagi pergi high school bp. Kalau member aq tak dapat datang maka gamaknye aq pegi la mengembara ke tempat orang sorang-sorang. Training kat hs slase n rabu malam, start kol 9. Jarak perjalan dari rumah aq ade la dalam 15 minit +- traffic jam anggur. Yang korang ni dok dalam uitm pon malas turun, padahal tempat training dekat dalam uitm jugak. Sedey aq.

First day, hambek ko aq sorang je yang datang, si Hairi ni ingat kan training tak start lagi. Abis kayu aq malam tu dengan takde sape pon yang aq kenal. Dengan menebalkan muke aq join je lah budak2 hs yang alien bagi aq. Membe hs yang aq ingat rupenye ade 2 orang, satu presiden nyer yang-aq-minta-maaf-sangat2-dah-terlupe-name-ko-kalu-ko-ade-terbace-blog-ni-mintak-kenalkan-diri-sekali-lagi dan sorang lagi nasarudin, name glamornye “Nash”. Itupon sebab diorang kenalkan diri diorang, kalu tak memang aq tak berusaha mengenali sesape pon malam tu.

Sekali lagi nak minta maaf, aq terlupe sangat2 name seorang jurulatih ni, die yang ajar aq care menumbuk, kaedah A, B, C dan D hari tu. Setahu aq die dah pindah ke JB, ade mase aq cube trace siapakah gerangan orangnye. Die jugak tegor aq terlampau formal mase latihan. Lepak dulu bro! Heheh, aq ni dulu pemalu orangnye, mesti korang tak kan caye. Lagi satu yang wat aq mati (akal), dah la aku ni kidal, habis diajar tumbuk gune tangan kanan. Cam sotong jadinye. Nak menambahkan power (konnonye, dan aq rase mesti ade antare korang yang wat gak) aq pon tumbuk sambil hentak kaki. Kene tegor lagi skali, paisey nyer…..!!! Esoknye lepas aq dah cakap ngan si Hairi bahwesenye latihan dah start barulah dier turun. So malam tu giliran dier pulak jadi mangsa, keh3. Bak kata en kamal affandi, gelak 3 kali tu tanda orang jahat, so mmg sengaja aq tulis nombor 3.

Minggu kedepanannya aq dah masuk peringkat asas, dimana penuntut diajar untuk mengambil serangan dari bahagian dada, penyawa dan kepala dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah yang diajar sebelum ini. So bermulanye pertemuan dengan jurulatih peringkat asas dan jurulatih aq yang kedua, Abang Sudin besame2 pembantunye, Abang Izan.

Sebenarnye tahun 2006 aq sempat training selama-yang-tak-berape-lame 3 minggu sahaje. Last buah yang aq dapat ialah asas Keputusan Sendeng Atas. Kenape 3 minggu je? Sebab da masuk time puase, umat Islam menunaikan tarawikh.

Erk. da kol 4 pagi…jap lagi ade klas calc… so cukop lah disini saje aq menulis, ade mase aq sambung lagi tentang peristiwa ni.

Chow bebeh, salam.