Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

26 February 2010

Putih = ?

In 3 characters 

   Ha, tu lah persoalan yang nak aku fire kat korang. Ruang menjawab telah disediakan diseblah kanan dan bawah, klu korang rase mase korang tak de la beharge sangat maka korang jawablah dibahagian2 yang telah disebutkn.

   Rate2 orang kalau tanye apa yang dilambangkan oleh warne putih boleh kate gerenti la (walaupun tak disokong oleh mane2 statistik yang pernah dibuat… mungkin jugak pernah dibuat tapi aq tak pernah amek pusing) korang akan cakap ianya melambangkan kesucian @ bende yang baek2 la… Tak dinafikan lirik lagu jalur gemilang pon cakap ‘putihmu bersih budi pekerti’. Itu aje lah hujah yang paling bagos aku boleh pikirkan skrang untuk menyokong dasar2 jawapan korang.

Bendera negara aku 

-Semangat patriotik ku yang tetiba membare semase tulis pasal tajuk nih

 

  

So kiranye konpemlah korang memang tak nak tuka jawapan korang pasal soalan yg aq persoalkan kat korang demi menambahkan tanda-tanda soal di atas kepale korang semasa korang disoal dalam sesi soal jawab? Nape la tanye bende2 cam ni tak pasal2, itulah yang korang cuba soalkan kepada penggubal soalan.

Let me give my hujah2 tentang sebab dan akibat mengenai persoalan di atas :-

-----------------------Part C-----------------------

Masa : Semase aq ber-overnight kt luar smalam besame2 kawan silat aq.

Situasi : Kawan aq ni parking la kat tempat yang sudah agak gelap sementare dier pegi ke McD, n aq pon decide tido je dalam kete, malas nak kuar sebab aq da bejaga tanpa tidur straight 36 jam. Sedang aq cube melelapkan mate yang tak terlelap2 akibat serangan angkatan nyamuk yang tak mati-mati walaupun sudah bekali-kali aq mengeluarkan tamparan kaedah A di bahagian2 yang dihinggapi cucukan, aq melemparkan pandangan (bole plak lemparkan pandangan, bende tu bukan nye objek pon untuk dibaling2) sekejap kat side mirror blah kiri .

Dalam mase tu, “Owh, alhamdulillah dan naseb baek aq da bace doa tido. Fuh, kebetolan plak aq mandi penamat silat pagi tadi”. Ni lah yang ber-playing2 dalam fikiran aq smalam pada waktu aq cube sekeras-kerasnye agar tidak memikirkan ape-ape sejurus selepas kejadian.

Soalan : Apakah yang dilihat di side mirror pada waktu aku pandangan aq beralih sekejap kat situ? Dan bagaimanakah ianya boleh dikaitkan dengan tajuk di atas? Hujahkan pandangan anda.

Jawapan : ______________________________________________________________________________.

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

Tips : Putih yang kecil jika dikontrakan dengan warna hitam yang banyak maka ianya bukanlah dapat membaikan situasi, malah mencacatkan dan membawa kesan negatif. Kalau tak dibace pelindung diri, naye je aq menggigil.

Conclusion : Putih TIDAK semestinya SUCI.

 

--- KERTAS SOALAN TAMAT ---

No comments: