Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

23 February 2010

Perhatikanlah

In 3 characters 
Termaktub kepada lelaki dan perempuan :-

Jika kau mengenali aku sebagai seorang yang serius
Sesungguhnya kau mengenali aku secara luaran
Jika kau mengenali aku sebagai sebagai pendiam
Sesungguhnya kau dari masa lampau aku

Jika aku memanggil kau 'saya' dan umur kita tidak jauh bezanya
Sesungguhnya aku tidak cuba merapatkan diri kita
Jika aku tidak berkata-kata semasa kita bersemuka
Sesungguhnya di waktu itu pemikiran kita tidak sama

Jika kau mengatakan aku menzahirkan sebarang perasaan
Sesungguhnya kau mencipta kebenaran yang tiada benarnya
Jika kau melihat aku tidak berperasaan
Sesungguhnya kau hampir mengenali aku

Jika aku menjauhkan diri secara tiba-tiba
Sesungguhnya aku merasakan sesuatu yang tidak selesa
Jika aku tepat melihat diri kau
Sesungguhnya aku memerhatikan sesuatu yang tidak kena

Jika kau dapat melihat kesedihan yang tidak aku luahkan
Sesungguhnya kau sudah hampir mengenali aku secara dalaman
Jika kau selalu mengubah perasaan di hadapan aku
Sessunguhnya kau menzahirkan sesuatu yang palsu

Jika aku bergurau sewaktu kali pertama kita bersemuka
Sesungguhnya aku sedang menilai perwatakan kau
Jika tiada gurauan dari aku di pertemuan seterusnya
Sessunguhnya aku tidak akan cuba mengenali kau

Jika kau menyatakan ketidakpuasan hati
Sesungguhnya aku akan menerima atas kewajiban
Jika kau menyatakan kebenaran ke atas aku yang menyakitkan
Sesungguhnya tiada hak aku memarahi kau

Jika kau cuba menilai aku dari perwatakan aku kali pertama
Sesungguhnya kau melakukan kerja yang sia-sia
Jika aku menjawab pertanyaan dari kau dengan lambat
Sesungguhnya kebenaran yang ingin aku nyatakan amat berat

Perhatikanlah,
Kerana inilah cara aku menilai engkau dan engkau harus menilai aku melalui apa yang aku katakan di sini. Ingatlah, logik dan psikologi biasa tidak boleh kau aplikasikan ke atas aku, kerana aku membesar di bawah situasi yang lain dari kau dan aku bergerak menentang kebiasaan.

Ini hasil penulisan aq sendiri, maka hilanglah hak untuk korang meng'copy and paste'nye tanpa kebenaran aq. Benda ni boleh korang gunakan ke atas aq dan sememangnya aq akan gunakan ke atas setiap sorang dari korang.


Adios, salam.

No comments: