Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

28 February 2010

Menghidupkan kebenaran…

In 3 characters 

Bismillahirrahmanirrahim…

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" : (Surah al-'Asr; 1-3)

Dengan secare tiba2 aq nak menulis tentang tajuk ni dan aq mulakannye dengan terjemahan dari ayat suci al-Quran seperti yang di atas.

Kenapa? Sebab inilah salah satu perkara yang aq cuba untuk juangkan dalam kehidupan seharian aq. Kerana salah satu prinsip kehidupan aq ialah “katakan kebenaran, walaupun ianya menyakitkan”. Dan atas dasar prinsip inilah, aq TIDAK AKAN sesekali marah kalau korang menyatakan sesuatu kebenaran yang menyakitkan tentang diri aq sekiranya ia untuk kebaikan bersama, malahan aq sendiri yang akan meminta maaf dan cuba membetulkan mana2 kesilapan yang ditegur.

Cuma ianya tidak termaktub JIKA tujuan korang adalah untuk mengaibkan diri aq, maka dengan itu datanglah HAK aq untuk mempertahankan diri aq dan aq akan suarakannya secara terbuka. Tetapi aq mmg tahu ramai yang berkecil hati dengan ape yang aq ucapkan, dan sekali lagi aq meminta maaf dan bertanggungjawab ke atas apa yang aq ungkapkan.

Hendaklah gamaknye aq berkate direct kat sini, sifat berpura2 dan hipokrit sangat aq tentang jika korang bersemuka dengan aq. Maka aq meminta olong agar korang berkatalah benar dengan berterus terang semasa berdepan dengan aq, kerana ianya lebih baik untuk diri korang dan aq.

Maghrib menjelang tiba, so paham2lah. Adios, salam.

No comments: