Teh Proclamation.

Hati Waja. Tendangan Tanpa Bayang. Syahdan. Sompet. Nostalgia, nostalgia.

Teh Herd.

28 February 2010

Menghidupkan kebenaran…

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Bismillahirrahmanirrahim…

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" : (Surah al-'Asr; 1-3)

Dengan secare tiba2 aq nak menulis tentang tajuk ni dan aq mulakannye dengan terjemahan dari ayat suci al-Quran seperti yang di atas.

Kenapa? Sebab inilah salah satu perkara yang aq cuba untuk juangkan dalam kehidupan seharian aq. Kerana salah satu prinsip kehidupan aq ialah “katakan kebenaran, walaupun ianya menyakitkan”. Dan atas dasar prinsip inilah, aq TIDAK AKAN sesekali marah kalau korang menyatakan sesuatu kebenaran yang menyakitkan tentang diri aq sekiranya ia untuk kebaikan bersama, malahan aq sendiri yang akan meminta maaf dan cuba membetulkan mana2 kesilapan yang ditegur.

Cuma ianya tidak termaktub JIKA tujuan korang adalah untuk mengaibkan diri aq, maka dengan itu datanglah HAK aq untuk mempertahankan diri aq dan aq akan suarakannya secara terbuka. Tetapi aq mmg tahu ramai yang berkecil hati dengan ape yang aq ucapkan, dan sekali lagi aq meminta maaf dan bertanggungjawab ke atas apa yang aq ungkapkan.

Hendaklah gamaknye aq berkate direct kat sini, sifat berpura2 dan hipokrit sangat aq tentang jika korang bersemuka dengan aq. Maka aq meminta olong agar korang berkatalah benar dengan berterus terang semasa berdepan dengan aq, kerana ianya lebih baik untuk diri korang dan aq.

Maghrib menjelang tiba, so paham2lah. Adios, salam.

26 February 2010

Putih = ?

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

   Ha, tu lah persoalan yang nak aku fire kat korang. Ruang menjawab telah disediakan diseblah kanan dan bawah, klu korang rase mase korang tak de la beharge sangat maka korang jawablah dibahagian2 yang telah disebutkn.

   Rate2 orang kalau tanye apa yang dilambangkan oleh warne putih boleh kate gerenti la (walaupun tak disokong oleh mane2 statistik yang pernah dibuat… mungkin jugak pernah dibuat tapi aq tak pernah amek pusing) korang akan cakap ianya melambangkan kesucian @ bende yang baek2 la… Tak dinafikan lirik lagu jalur gemilang pon cakap ‘putihmu bersih budi pekerti’. Itu aje lah hujah yang paling bagos aku boleh pikirkan skrang untuk menyokong dasar2 jawapan korang.

Bendera negara aku 

-Semangat patriotik ku yang tetiba membare semase tulis pasal tajuk nih

 

  

So kiranye konpemlah korang memang tak nak tuka jawapan korang pasal soalan yg aq persoalkan kat korang demi menambahkan tanda-tanda soal di atas kepale korang semasa korang disoal dalam sesi soal jawab? Nape la tanye bende2 cam ni tak pasal2, itulah yang korang cuba soalkan kepada penggubal soalan.

Let me give my hujah2 tentang sebab dan akibat mengenai persoalan di atas :-

-----------------------Part C-----------------------

Masa : Semase aq ber-overnight kt luar smalam besame2 kawan silat aq.

Situasi : Kawan aq ni parking la kat tempat yang sudah agak gelap sementare dier pegi ke McD, n aq pon decide tido je dalam kete, malas nak kuar sebab aq da bejaga tanpa tidur straight 36 jam. Sedang aq cube melelapkan mate yang tak terlelap2 akibat serangan angkatan nyamuk yang tak mati-mati walaupun sudah bekali-kali aq mengeluarkan tamparan kaedah A di bahagian2 yang dihinggapi cucukan, aq melemparkan pandangan (bole plak lemparkan pandangan, bende tu bukan nye objek pon untuk dibaling2) sekejap kat side mirror blah kiri .

Dalam mase tu, “Owh, alhamdulillah dan naseb baek aq da bace doa tido. Fuh, kebetolan plak aq mandi penamat silat pagi tadi”. Ni lah yang ber-playing2 dalam fikiran aq smalam pada waktu aq cube sekeras-kerasnye agar tidak memikirkan ape-ape sejurus selepas kejadian.

Soalan : Apakah yang dilihat di side mirror pada waktu aku pandangan aq beralih sekejap kat situ? Dan bagaimanakah ianya boleh dikaitkan dengan tajuk di atas? Hujahkan pandangan anda.

Jawapan : ______________________________________________________________________________.

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

_______________________________________________________________________________________

Tips : Putih yang kecil jika dikontrakan dengan warna hitam yang banyak maka ianya bukanlah dapat membaikan situasi, malah mencacatkan dan membawa kesan negatif. Kalau tak dibace pelindung diri, naye je aq menggigil.

Conclusion : Putih TIDAK semestinya SUCI.

 

--- KERTAS SOALAN TAMAT ---

23 February 2010

Perhatikanlah

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.
Termaktub kepada lelaki dan perempuan :-

Jika kau mengenali aku sebagai seorang yang serius
Sesungguhnya kau mengenali aku secara luaran
Jika kau mengenali aku sebagai sebagai pendiam
Sesungguhnya kau dari masa lampau aku

Jika aku memanggil kau 'saya' dan umur kita tidak jauh bezanya
Sesungguhnya aku tidak cuba merapatkan diri kita
Jika aku tidak berkata-kata semasa kita bersemuka
Sesungguhnya di waktu itu pemikiran kita tidak sama

Jika kau mengatakan aku menzahirkan sebarang perasaan
Sesungguhnya kau mencipta kebenaran yang tiada benarnya
Jika kau melihat aku tidak berperasaan
Sesungguhnya kau hampir mengenali aku

Jika aku menjauhkan diri secara tiba-tiba
Sesungguhnya aku merasakan sesuatu yang tidak selesa
Jika aku tepat melihat diri kau
Sesungguhnya aku memerhatikan sesuatu yang tidak kena

Jika kau dapat melihat kesedihan yang tidak aku luahkan
Sesungguhnya kau sudah hampir mengenali aku secara dalaman
Jika kau selalu mengubah perasaan di hadapan aku
Sessunguhnya kau menzahirkan sesuatu yang palsu

Jika aku bergurau sewaktu kali pertama kita bersemuka
Sesungguhnya aku sedang menilai perwatakan kau
Jika tiada gurauan dari aku di pertemuan seterusnya
Sessunguhnya aku tidak akan cuba mengenali kau

Jika kau menyatakan ketidakpuasan hati
Sesungguhnya aku akan menerima atas kewajiban
Jika kau menyatakan kebenaran ke atas aku yang menyakitkan
Sesungguhnya tiada hak aku memarahi kau

Jika kau cuba menilai aku dari perwatakan aku kali pertama
Sesungguhnya kau melakukan kerja yang sia-sia
Jika aku menjawab pertanyaan dari kau dengan lambat
Sesungguhnya kebenaran yang ingin aku nyatakan amat berat

Perhatikanlah,
Kerana inilah cara aku menilai engkau dan engkau harus menilai aku melalui apa yang aku katakan di sini. Ingatlah, logik dan psikologi biasa tidak boleh kau aplikasikan ke atas aku, kerana aku membesar di bawah situasi yang lain dari kau dan aku bergerak menentang kebiasaan.

Ini hasil penulisan aq sendiri, maka hilanglah hak untuk korang meng'copy and paste'nye tanpa kebenaran aq. Benda ni boleh korang gunakan ke atas aq dan sememangnya aq akan gunakan ke atas setiap sorang dari korang.


Adios, salam.

22 February 2010

Day One : Triple trouble

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Jam kat monitor aq da tunjuk kol 6.00 pagi, dan aq masih lom ready untuk problem-problem yang bakal aq hadapi jap lagi. First day naik cuti je tros kene gile-gile study, sebab jap lagi kol 8 ade kuiz ‘kau kurus’ yang dah berjaya meng’kuruskan’ aq sem lepas, kol 2 plak hantar assignment database yang aq baru teringat malam tadi n kol 6 sampai 8 ptg test mgt. Alasan yang diberikan kenape mase test sangat ‘strategik’ ialah ‘test tu senang jer, korang gerenti kuar awal.’

Ni tak citer sok nyer test data strok lagi. Tu la, cuti membuta sampai ke tepi hari je keje nyer, n xhabis2 aq risau pasal multimedia yang belambak-lambak keje kene wat, ngan test nyer dengan selamber gadak aq kuar awal tanpa ku sedari ade yang memerhati dari belakang! Adus, kite tengok dan lihat je lah ape kesudahannya pada esok pagi.

Azan dah berkumandang, aq nak nanyi jap khas untuk korang.

Ayuh bangunlah. Tunaikan perintah Allah. Sujud mengharap keredhaan-Nya. Bersyukurlah, bangkitlah segera.

Kalu korang tak taw tu lirik lagu ape, aq sangat2 kasihankan kehidupan korang. Sadis, sadis.

Chow, salam.

20 February 2010

Kepelbagaian gaya rambutku

In 3 characters 
2 orang tak puas hati.

Saje je aq nak kongsi gaya-gaya rambut yang aq sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Kite gelakkan same-same :-

Botak syot!Part 1 – Botak udah. Ye la, sume jadi dak baik mase part 1. ikot kan sgt rules uitm, takot sgt kene saman dengan pak gad. Jangan tanye kenape sume orang muke tensen dalam gamba, aq bagi clue untuk korang : orientasi kos

pt2Part 2 – Kopiah udah. Saje je menggatal pakai kopiah sem tu, dapat hadiah cabutan bertuah (taniah, taniah!). Pergh, dapat kopiah ngan tasbih dalam lucky draw, kalu tak sedar diri gak tak taw la. Untuk menyedarkn diri aq pakai la sepanjang sem, n kopiah nye still kekal sampai ari ni, sayangnye warna je tak kekal. Mamat ngan minah kat tepi tu korang ignore je

KONICA MINOLTA DIGITAL CAMERA  Part 3 – Ingat nak wat adidas nyer logo, tak jadi plak. Yang tinggal hanya parot 2 line (isu sensitif jika line tersebut ditambah lagi 1). Side note : bersih lubang telinga aq.

me (2)Part 4 – Rambut lurus beb, sampai budak wing aq calonkan sebagai “Ikon Mahasiswa” kategori budak paling hensem. Sayangnye gelaran tu tepakse aq lepaskn setelah disound lecturer aq akibat rambut yang sangat bergaya macam Rain. Pak gad pon satu, rambut aq panjang die tak nak saman, aq gunting pendek je teros die nak saman aq (ade mase aq citer kenape).

18 February 2010

Cuti-cuti pon silat gak…

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

So dalam 5 hari aq balik becuti (dari Sabtu pagi lepas sampai la post ni dinaikkan) bersempena dengan raya yang aq tak sambut, sempat la jugak aq menyelitkan aktiviti silat selain daripada membuta sehingga ke tepi hari setiap hari. Jangan salah paham, aq tido lepas subuh so tiada persoalan yang harus ditimbulkan di situ.

Tempat aktiviti aq? Kat sini :-Dalam bahasa penjajah 'Whispers Restaurant'Tempat ape? Tempat makan la, name glamornye Restoran Bisik-Bisik, ade la dalam 5 minit dari rumah aq.

Fikiran korang : “Gile ke ape besilat kat tempat makan?”.

Aku jawab sambil berfikir : Memang gile pon, tapi korang la bukan aq. Bile mase pulak aq kate aq besilat kat sini?

Aq just duduk membuang mase secare berfaedah dengan jurulatih2 silat aq dekat BP, dan bersame dengan tetamu khas dari JB, abang Kamil Daimin. Permulaan citernye, malam tu (hari Isnin) tengah sibuk aq membuat assignment sambil memaki keje yang belambak tak habis2, munculnya name  jurulatih peringkat jatuh aq dulu, abg Naim di caller ringtone… eh, caller id aq. Tengah malam buta aq tulis mende ni memang la banyak kesalahan, malas nak tekan backspace membetulkan kesalahan tersebut so aq tulislah panjang2 explain kat korang.

Anyway, aq dengan gaya macho pon jawab ler tepon (perbualan telah diubahsuai kerana menjaga privacy kedua-dua blah pihak) :-

  • Penerima panggilan : Helo, assalamualaikum w.b.t (aq sebut penuh bukan cakap w, b, t)
  • Pemanggil : (Menjawab salam aq). Free tak? Abg Kamil nak jumpe. Kat restoran bisik-bisik.
  • Penerima : Boleh, tiada masalah. Kejap lagi saya sampai.
  • Penerima bermonolog : Ingat abg Kamil kat aq, terharu pulak rasenya walaupun aq just sempat berbual sikit je dengan dia mase MMN datang UiTM hari tu. Dia ade bagitaw yang rumah mak mertua dia dekat sangat dengan rumah aq. Sekampung aje rupanye.

Selain daripada abg Kamil n abg Naim, ade gak abg Sudin (jurulatih peringkat asas aq) n abg Inspektor (tak pernah training dengan die, tapi ade la beberapa kali gi event same2) di tempat kejadian. Perbincangan malam tu? Tajuk utamanye pasal program besar bulan 10 nanti.

Agenda perbincangan pada malam yang hangat tersebut :

  1. Korang sume kene perhebatkan promosi silat kat tempat korang. Jangan lupe UiTM kene hantar 5 bas wo… Korang wat la senaman beramai-ramai weekend biar orang lain tengok gempak siot, sambli2 selitkan demo kecil-kecilan. Abg Mail dulu sanggup wat demo lakonan kat terminal bas Larkin semata-mata nak promote silat ni, takkan korang xley?
  2. Kepada yang dah tamat (penyelia, jurulatih, pj, pjp, pembantu kelas) korang telah didaftarkan terus kat cawangan induk, so korang tak perlu daftar name under cawangan korang. Tapi kalu korang nak ikot cawangan korang pegi sane sukati korang la. Klu ade membe korang yang da lama tak aktif tapi nak join, mintak die daftar under induk jugak.
  3. Yang takde facebook korang kene wat gak, ini paksaan bukan kerelaan. Join2 la silat cekak johor. N info dari abg Kamil mungkin akan bukak satu lg fb baru, kontinjen Jom Silat Johor. Tak wajib tapi aq wajibkan untuk dak2 UiTM.
  4. Promosi CNI. Tak nak cite panjang.

Bergembiralah, aq ade berita baik untuk korang yang pegi ke program bulan 10 nanti :

  1. Korang kene bayar rm10 tiap-tiap bulan cukup rm80 untuk support tambang bas korang ke sane. Ingat free ke maintainance? So skarang da masuk middle bulan 2, korang dah patut diperas ugut sebanyak rm20.
  2. Yang takde baju tamat kene beli baju tamat, yang tak tamat kene beli baju n seluar silat yang berharga rm30 bagi menyeragamkan pakaian pada hari kejadian.
  3. Kemungkinan besar program ni ditangguh ke mase cuti skolah, sebab tarikh keramat hari kejadian dekat sangat dengan tarikh PMR.

Bersedihlah, kerana aq ade berita buruk untuk korang :

  1. Maintainance bas UiTM memang free pon, ikotkan korang tak perlu bayar apape janji bas tempah awal, tapi bayar tetap bayar. Rm80 ma…
  2. Duit yang rm80 tu kalu tak digunakan bayar tambang bas akan dipulangkan kat korang setelah ditolak beberapa hengget bagi korang makan. Tak pon beli baju n seluar silat dengan duit tu. Ala, bagi korang pakai jugak bukannye buat bungkos nangka.
  3. Sekarang tengah cube mohon untuk dapat surat pelepasan dari Kementerian Pelajaran, kalau dapat kebenaran proceed je.

Berita baik untuk aq dan dak2 yang dok area BP : kelas latihan awam akan dibukak betol2 blakang rumah aq. Ade la dlm 100 meter, kluar pintu belok kanan, belok kanan, belok kanan lagi  dan belok kanan menuju ke atas maka sampai lah. Gembiranya aku tidak terhingga!

Sebar2kan pada yang berkaitan. Kthxbye. Chow.

17 February 2010

Something new…

In 3 characters 
0 orang tak puas hati.

Dengan ini cukuplah posting2 yang dulu ‘ditidakkan’ selama2nya dari blog ni.

Kenapa?

Sesetengah pekara itu sensitif untuk dibincangkan dlm rangkaian Net yang luas dan sangat ter’open’. Senang citer untuk kebaikan bersama. Kita bermula dengan sesuatu yang baru dan lebih baik, InsyaAllah. So setelah lebih setahon blog ni wujud (dan korang memang xtaw lansung akan kewujudannya), aku decide nak memusnahkan tinggalan sejarah dan memutarbelitkan masa lalu ( [edit] fakta : tidak bercanggah dengan apa yang aku juangkan iaitu ‘kebenaran’, aq bagitaw korg ape yg aq nk wat so tiada penipuan berlaku [/edit] ) dengan hanya meninggalkan posting aku yang first2 je, yang tak mempunyai apape info yang bergune untuk korang melainkan tarikh blog ni diwujudkan, iaitu 11 Januari 2009.

Kalau korang nak maklumat yang berguna singgah la dekat blog ni yang dikendalikan oleh aku jugak.

[sarcasm] Selamat membaca pembaca setia. [/sarcasm]